Benarkah Arsenal berada dalam krisis dalaman?

Semenjak kekalahan ditangan Manchester City pada perlawanan Akhir Piala EFL - Carabao Cup dan disusuli sekali lagi kekalahan ditangan pasukan yang sama pada saingan liga, kem Arsenal dilaporkan kembali bergolak.



Sebelum ini Alexis Sanchez dikatakan menjadi punca masalah dalaman yang membabitkan permain-pemain Arsenal, namun kali ini Arsene Wenger pula dikatakan menjadi punca skuad Arsenal kini bergolak.

 Koscielny dilaporkan tidak dapat menahan sebak apabila ditanya mengenai kekalahan ditangan City oleh anaknya.
Laporan The Sun semalam (3 Mar 2018) mendedahkan dimana satu perjumpaan dikalangan pemain telah diadakan tanpa kehadiran Arsene Wenger.
WAR CRY- Laurent Koscielny breaks down in tears during Arsenal players’ crisis meeting – held without Arsene Wenger. - The Sun
Menurut laporan tersebut, barisan kepimpinan Arsenal (Board of Director) yang diketuai oleh Ketua Eksekutif, Ivan Gazidis bersama Pengarah, Sir Chips Keswick dan Lord Harris ( non-executive director ), nyata kecewa dan tidak lagi percaya dengan kebolehan Arsene Wenger untuk memimpin kelab.

Dan turut dilaporkan bahawa pemegang majoriti saham Arsenal, Stan Kroenke bakal mengumumkan nasib yang bakal menimpa masa depan Arsene Wenger bersama Arsenal kelak.

Harapan terbaik Arsenal bagi menamatkan musim ini adalah dengan menjuarai Piala Liga Europa namun ianya bukanlah tugas mudah memandangkan lawan yang bakal dihadapi Arsenal pada peringkat 16 nanti adalah AC Milan.

Dengan saingan untuk menduduki tempat empat pasukan terbaik liga kini semakin pudar, penyerang termahal Arsenal,  Pierre-Emerick Aubameyang turut mengakui situasi ini dengan menyifatkan terdapat beberapa pemain yang tidak menunjukkan semangat melawan disebalik kekecawaan ditangan Manchester City.
There are some players who are maybe resigned.There is a lot of disappointment and we are not happy with our displays against Manchester City.
Manakala Arsene Wenger pula dalam satu temuramah ketika ditanya mengenai kekalahan kepada 3-0 kepada Manchester City menjelaskan dimana pasukan kendalian beliau ketika ini sedang mengharungi fasa ataupun waktu yang sukar.

"Kami sedang melalui tempoh yang sukar."

"Apabila keyakinan anda tidak berada tahap terbaik, perkara pertama yang berlaku adalah ketidakstabilan anda dalam pergerakan dan permainan secara spontan."

"Anda perlu mengambil perspektif, duduk, melihat keseluruhan gambaran dan menganalisis di mana kelemahan kami dan di mana kekuatan kami."

Arsenal bakal berkunjung ke Falmer Stadium bagi menghadapi pasukan ditangga ke-12 liga ketika ini, Brighton & Hove Albion F.C pada jam 9.30 malam ini (waktu Malaysia).

Dan keputusan malam ini bakal mencerminkan nasib Arsene Wenger selain dakwaan mengenai krisis dalaman skuad Arsenal adakah benar ataupun sekadar khabar angin semata-mata.


Post a Comment

Previous Post Next Post