Menurut laporan daripada Express semalam, Arsenal dikatakan berminat untuk membawa Max Allegri menyertai Arsenal sebagai pengganti kepada Arsene Wenger.
Pengendali kelahiran Itali ini merupakan jurulatih terhangat ketika ini dengan dilaporkan menjadi rebutan ramai (kelab) setelah beliau berjaya membawa Juventus ke pentas final Liga Juara-Juara Eropah sebanyak dua kali.
Dan laporan itu mendakwa Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis kagum dengan kebolehan dan prestasi pasukan Juventus yang dipimpin atau dikendalikan oleh Allegri dalam membenam musuh setempat Arsenal, Tottenham 2-1 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah di pusingan 16, 8 Mac lalu.
![]() |
Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis mahu Max Allegri sebagai pengurus baru Arsenal. |
Gazidis nyata kagum dan terpesona dengan semangat yang dipamerkan oleh skuad Juventus yang mana pasukan ini mampu bangkit daripada prestasi yang agak mengewaskan selepas terikat 2-2 pada perlawanan pertama di Stadium Juventus ( Allianz Stadium ).
Max Allegri, 50 tahun setakat ini mempunyai rekod cemerlang bersama Juventus bagi saingan domestik namun setakat ini masih gagal mencipta kejuaraan diperingkat Eropah walaupun layak beraksi dua kali dipentas final Liga Juara-Juara Eropah.
Musim | Serie A | Coppa Italia | Supercoppa Italiana | Champions League |
---|---|---|---|---|
2014–15 | 1st | Juara | Naib Juara | Naib Juara |
2015–16 | 1st | Juara | Juara | Pusingan 16 |
2016–17 | 1st | Juara | Naib Juara | Naib Juara |
2017–18 |