Leonardo Bonucci seru rakan sepasukan supaya jangan mudah mengalah.

Selepas mengalami kekalahan 2-0 kepada Arsenal dalam saingan Liga Europa ditempat sendiri tempoh hari, AC Milan berjaya bangkit daripada kekecewaan tersebut apabila berjaya menewaskan Genoa, 1-0 ditempat lawan dua hari yang lalu.


Pada perlawanan tersebut, jaringan lewat perlawanan (minit ke-94) daripada André Silva berjaya memberikan kelegaan buat AC Milan untuk meraih kemenangan tipis, 1-0.


Kemenangan itu juga dianggap bekal 'moral' buat AC Milan bagi menghadapi Arsenal pada perlawanan kedua saingan Liga Europa (pusingan 16 pasukan terbaik), Jumaat ini jam 4.05 pagi waktu Malaysia.

Berdepan Arsenal ditempat lawan (Stadium Emirates), AC Milan bakal menghadapi tugas sukar setelah tewas pada perlawanan pertama dengan keputusan 2-0 yang memihak kepada Arsenal.

Namun, kapten AC Milan, Leonardo Bonucci tetap percaya bahawa peluang pasukan beliau itu masih ada dan melalui laman sosial Instagram beliau, Bonucci telah menyampaikan kata-kata semangat bagi memberi motivasi kepada rakan sepasukan beliau.

Kata-kata Bonucci itu menyeru kepada rakan sepasukan beliau supaya tidak mengalah dan mahukan mereka berjuang demi peminat yang hadir bersama mereka di Stadium Emirates dan juga kepada peminat yang tidak dapat bersama mereka (menyokong dari jauh dengan menonton televisyen).

"Training day, we won't ever give up! We will fight for the ones that are there with us and the ones that will be watching on from far away"

"Training Day, arrendersi mai 💪🏻! Per chi la gioca, per i tanti che saranno lì con Noi e per chi sarà lontano ma lì con il cuore. #AFCACM #UEL #LB19"



Post a Comment

Previous Post Next Post