Nasib Wilshere masih samar manakala Ramsey berharap penyokong kembali

Dengan kontrak beliau bakal berakhir dipenghujung musim ini, masa depan Jack Wilshere bersama Arsenal masih menjadi tanda tanya.



Walaupun laporan daripada laman rasmi Arsenal mendedahkan bahawa Arsene Wenger berharap beliau mampu mengekalkan pemain tengah berusia 26 tahun itu namun setakat ini tiada perkembangan positif mengenai rundingan kontrak diantara Wilshere dan juga Arsenal.
I don’t know, but Jack will be free at the end of the season. We make a proposal to him, I want him to stay and my desire is to see him linked to the club for the future. I hope he will do it. - Arsene Wenger via Arsenal.
Manakala Everton pula dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain ini dan jika tiada keputusan positif dapat dicapai diantara pemain ini dan juga Arsenal, kemungkinan untuk Everton mendapatkan Wilshere secara percuma agak cerah pada musim hadapan.

Dan jika perkembangan ini (Wilshere menyertai Everton) menjadi kenyataan, beliau bakal  kembali bergandingan bersama bekas rakan sepasukan beliau iaitu Theo Walcott - yang telah menyertai kelab tersebut pada jendela perpindahan Januari lalu.

Begitu juga dengan Liverpool yang mana laporan sebelum ini turut mengatakan bahawa pasukan tersebut turut berminat mendapatkan Wilshere secara percuma pada penghujung musim ini.

Anda boleh baca tawaran gaji Wilshere disini. (klik)

Wilshere kemungkinan bakal bergandingan bersama Walcott di Everton.
Sebelum ini, Arsenal hampir-hampir kehilangan Alexis Sanchez secara percuma namun pada jendela perpindahan Januari lalu, Arsenal terselamat daripada mengalami 'kerugian' apabila menyaksikan kedua kelab (Arsenal dan Manchester United) mencapai kata sepakat untuk pertukaran pemain dengan menyaksikan Henrikh Mkhitaryan menyertai Arsenal dan Sanchez pula menyertai United.

Begitu juga dengan Mesut Ozil yang mana kontrak beliau bakal berakhir pada penghujung musim ini dan bakal menjadi pemain bebas (free agent) pun begitu, Arsenal sekali lagi terselamat daripada kehilangan pemain secara percuma apabila Ozil menandatangani kontrak baru sehingga tahun 2021.

Bagaimanapun, nasib berbeza di alami Wilshere ketika ini. Walaupun beliau berjaya menempatkan diri dalam kesebelasan utama Arsenal setelah kembalinya beliau daripada dipinjamkan kepada kelab Bournemouth musim lalu, namun sehingga kini rundingan kontrak beliau bersama Arsenal masih menemui jalan buntu walaupun Wenger berharap Wilshere akan menerima tawaran yang dibuat oleh Arsenal terhadap pemain itu.

Arsenal bakal menerima kunjungan AC Milan awal pagi esok (waktu Malaysia, 4.05 pagi) dengan kelebihan jaringan (dua gol- menang 2-0) hasil pertembungan pertama di San Siro dan Aaron Ramsey yang merupakan penjaring gol kedua pada pertemuan itu berharap Arsenal mampu menggunakan kelebihan yang ada ketika ini (kelebihan dua gol) untuk mara ke peringkat seterusnya.

Beliau yang direhatkan pada aksi liga ketika menentang Watford tempoh hari turut berharap prestasi cemerlang Arsenal dalam saingan Liga Europa mampu menarik kembali peminat dan penyokong untuk memenuhi stadium pada perlawanan menentang AC Milan esok.

Ramsey berharap penyokong kembali memenuhi stadium.
"Mudah-mudahan tidak ada kerusi yang kosong dan semoga persembahan kami di padang akan menarik kembali penyokong untuk memenuhi stadium," kata pemain antarabangsa Wales tersebut.

"Kami memerlukan keputusan di Milan dan jelas sekali ia adalah satu perlawanan yang sukar buat kami,"

"Namun kami sentiasa mencuba untuk melakukan yang terbaik pada setiap perlawanan dan tidak boleh berputus asa,"

"Semoga kita boleh meningkatkan lagi kenyakinan dan persembahan bagi mengharungi setiap perlawanan hingga ke akhir musim ini serta mampu ke peringkat seterusnya (Liga Europa)."

Alexandre Lacazette bakal disisihkan daripada skuad Arsenal dalam menghadapi AC Milan ekoran masalah kecergasasn selepas menjalani pembedahan lutut.

Dan beliau dijangka kembali beraksi selepas rehat antarabangsa yang seterusnya.



Sumber dan rujukan: Arsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post