Arsenal sedia lepaskan Bellerin.

Arsenal dilaporkan sedia lepaskan Hector Bellerin pada jendela musim panas ini bagi membentuk dan membina skuad yang lebih mantap dalam menghadapi saingan musim depan.

Laporan Daily Mail melaporkan bahawa Arsenal sedia mendengar mana-mana tawaran terhadap pemain pertahanan kanan, Bellerin (22 tahun) dan dianggarkan Arsenal sedia melepaskan pemain ini dengan nilai kira-kira £50 juta.



Difahamkan, tindakan Arsenal ini bagi mendapatkan dana tambahan untuk membeli pemain baru dalam membentuk pasukan yang mantap dan lengkap sebelum saingan musim 2018/19 bermula.

Hector Bellerin yang menyertai Arsenal pada tahun 2011, dianggap antara pemain pertahanan terbaik pada musim lalu malahan aksi memukau beliau itu berjaya menarik minat beberapa kelab besar dunia untuk mendapatkan beliau.

Namun dengan prestasi semasa beliau ketika ini sering menjadi mangsa kecaman dan kritikan peminat dan juga para pemerhati bolasepak, mungkin menyukarkan mana-mana pasukan untuk memenuhi tuntutan Arsenal untuk melepaskan pemain tersebut dengan nilai yang diletakkan Arsenal itu (£50 juta).

Barcelona sebelum ini menunjukkan minat yang tinggi untuk mendapatkan Bellerin tetapi dengan kehadiran pengurus baru pasukan tersebut iaitu Ernesto Valverde, peluang Bellerin untuk menyertai semula bekas pasukan beliau itu mungkin tidak kesampaian memandangkan Ernesto Valverde telah pun membawa masuk pemain pertahanan kanan kelahiran Portugal, Nelson Semedo pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.

 Nelson Semedo, 24 tahun menjadi pemain pilihan pengurus baru Barcelona, Ernesto Valverde.
Dengan Arsene Wenger kembali menggunakan empat pemain pertahanan dalam formasi terkini Arsenal, Bellerin dilihat menemui kembali sentuhan beliau namun terpaksa bersaing daripada rakan sepasukannya seperti Ainsley Maitland-Niles dan juga Chalum Chambers untuk posisi tersebut.

Kedua-dua pemain ini (Ainsley Maitland-Niles dan juga Chalum Chambers), berjaya mempamerkan aksi yang menyakinan dalam perlawanan sebelum ini ketika ketiadaan Bellerin yang mengalami kecederaan.

Dengan perkembangan Barcelona yang tidak lagi menunjukkan minat untuk mendapatkan Bellerin, peluang Arsenal untuk melepaskan Bellerin dengan nilai yang dipinta itu mungkin mengalami sedikit kesukaran kerana ianya memberi kelebihan buat Juventus untuk membuat tawaran (tawar-menawar dalam menentukan harga) setelah tidak lagi menerima saingan (perebutan) daripada Barcelona.

Post a Comment

Previous Post Next Post