Pada pertembungan lalu (pusingan pertama liga), menyaksikan Arsenal tewas 2-1 kepada Watford ditempat lawan dengan kapten Watford, Troy Deeney mendakwa pemain Arsenal tidak cukup 'cojones' serta mengkritik fesyen rambut Bellerin.
Dan kemenangan Arsenal malam tadi menyaksikan Bellerin mengambil peluang untuk membalas kritikan yang pernah dilontarkan Deeney terhadap beliau pada pertembungan terdahulu.
Sebelum itu, pada pertembungan pertama, Watford mencapai kemenangan hasil daripada jaringan Deeney dan juga Tom Cleverley manakala jaringan tunggal Arsenal dijaringkan oleh Per Mertesacker pada perlawanan yang berkesudahan Watford berjaya menewaskan Arsenal dengan jaringan 2-1.
Namun jaringan yang dihasilkan oleh Troy Deeney melalui sepakan penalti itu bagaimanapun mencetuskan kontroversi diantara kedua-dua pemain ini.
Watford dihadiahkan sepakan penalti setelah Bellerin didakwa mengasari pihak lawan dan Deeney pada temubual selepas perlawanan itu mengatakan bahawa Bellerin mempunyai fesyen rambut yang menyukarkan penglihatan beliau yang mengakibatkan Bellerin tidak menyedari kesilapan yang dilakukannya itu.
"Dia mempunyai rambut panjang yang menghalang penglihatannya, dia tidak dapat melihat apa yang dia lakukan." - Troy Deeney.
🎙 @DesKellyBTS: "Hector Bellerin is sure it wasn't a foul..."Deeney: "He had his long hair in the way, he couldn't see what he's doing." pic.twitter.com/oVYmqStLpC
— Football on BT Sport (@btsportfootball) October 14, 2017
Kritikan celupar Deeney itu ternyata memberi kesan kepada Bellerin yang mana malam tadi Bellerin mengambil peluang untuk membalas 'dendam' terhadap kritikan yang dilontarkan oleh Deeney kepada beliau lima bulan lalu.
Kemenangan 3-0 Arsenal keatas Watford malam tadi di Stadium Emirates dan kegagalan Troy Deeney menyempurnakan sepakan penalti memberi peluang buat Bellerin membalas kritikan Deeney.
"Looks like you couldn't see today either @T_Deeney," tulis Bellerin pada laman sosial twitter beliau selepas Deeney gagal menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan malam tadi.
Kemenangan 3-0 Arsenal keatas Watford malam tadi di Stadium Emirates dan kegagalan Troy Deeney menyempurnakan sepakan penalti memberi peluang buat Bellerin membalas kritikan Deeney.
![]() |
Sepakan penalti Deeney diselamatkan Cech dan memberikan rekod 200 perlawanan tanpa bolos buat Cech. |
Looks like you couldn't see today either @T_Deeney 😂 https://t.co/GdTixJBdzx— Héctor Bellerín (@HectorBellerin) March 11, 2018
Dan Alexandre Lacazette jelas terhibur dengan respon yang diberikan Bellerin itu dengan membalas kicauan tersebut dengan emoji ketawa berdekah-dekah.
😭😂😂😭— Alexandre Lacazette (@LacazetteAlex) March 11, 2018
Namun setakat ini masih tiada reaksi mahupun respon daripada Troy Deeney berhubung kicauan Bellerin ini.