Alexis Sanches, bekas pemain Arsenal yang menimbulkan kontroversi ketika bersama Arsenal apabila secara terang-terangan mengakui mahu meninggalkan Arsenal serta enggan menandatangani kontrak baru akhirnya berpindah menyertai Manchester United.
Walaupun pada awalnya beliau dikatakan bakal menyertai Manchester City, namun beliau mengakui bahawa Manchester United merupakan pasukan yang mampu memberikan kejuaraan yang dicari beliau selama ini (dalam karier bolasepak).
Sebelum ini, Sanchez telah menjelaskan punca sebenar mengapa beliau menyertai Manchester United berbanding Manchester City kerana beliau yakin dengan kemampuan pasukan itu untuk meraih kejuaraan berbanding City.
Boleh baca disini: Punca Alexis Sanchez sertai Manchester United.
Sanchez juga sebelum ini mengatakan bahawa beliau sememangnya mahu beraksi didalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dan mahu memenangi kejuaraan tersebut.
Dan dengan menyertai Manchester United, beliau yakin pasukan ini mampu membawa dan memberi kejuaraan yang diidamkan beliau.
Dan dengan menyertai Manchester United, beliau yakin pasukan ini mampu membawa dan memberi kejuaraan yang diidamkan beliau.
Dengan harapan tinggi menggunung, Sanchez berjaya membuat aksi dan penampilan bersama Man.United dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini setelah menyertai pasukan itu pada jendela perpindahan Januari lalu.
Namun sayangnya, Manchester United terkandas pada pusingan ke-16 saingan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi sekali gus meranapkan impian beliau untuk memburu kejuaraan musim ini.
Pada perlawanan awal pagi tadi, United tewas secara aggregate 2-1 dalam perlawanan timbal balik kepada Sevilla.
Dan lebih perit lagi, kekalahan tersebut berlaku ditempat sendiri yang menyaksikan mereka tersingkir daripada saingan musim ini selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama di Sevilla.
Sevilla berjaya berada didepan setelah pemain gantian, Wissam Ben Yedder yang dimasukkan pada minit ke-72, memberikan kelebihan buat pasukan pelawat hanya selepas dua minit pemain tersebut dimasukkan.
![]() |
Wissam Ben Yedder (tengah) muncul wira Sevilla |
Pasukan tuan rumah, cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan dan hasilnya pada minit ke-84 mereka berjaya memperolehi gol sagu hati setelah Romelu Lukaku meledakkan jaringan hasil sepakan sudut yang diambil Marcus Rashford.
Bagaimanapun jaringan Lukaku itu masih belum mampu untuk menghalang kemaraan Sevilla melayakkan diri ke peringkat suku akhir.
Dengan kegagalan Manchester United ini, Sanchez hanya sempat beraksi dua perlawanan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini tanpa berjaya menghasilkan sebarang gol mahupun bantuan gol.
Masa | Kedudukan | Jaringan | Bantuan |
---|---|---|---|
Minit ke-74 | Manchester United 0 : 1 Sevilla | Wissam Ben Yedder | Pablo Sarabia |
Minit ke-78 | Manchester United 0 : 2 Sevilla | Wissam Ben Yedder | Joaquín Correa |
Minit ke-84 | Manchester United 1: 2 Sevilla | Romelu Lukaku | Marcus Rashford |