Arsene Wenger yakin Aaron Ramsey akan kekal

Aaron Ramsey bakal memasuki tahun akhir kontrak beliau bersama Arsenal namun Arsene Wenger yakin pemain kebangsaan Wales ini kekal bersama Arsenal.



Kontrak Ramsey bersama Arsenal bakal berakhir pada penghujung musim depan (2018/19) dan senario ini seolah menjadi perkara biasa ketika ini buat Arsenal untuk membiarkan pemain-pemain berada ditahun terakhir kontrak mereka.

Selepas menyaksikan perkembangan Alexis Sanchez dan Mesut Ozil yang mana kedua-dua pemain tersebut dibiarkan berada ditahun akhir kontrak mereka sehinggakan Arsenal hampir kehilangan mereka berdua secara percuma, Arsenal sekali lagi bakal berdepan situasi sama apabila kontrak Ramsey bakal memasuki tahun terakhir musim depan.

Dengan rundingan kontrak ketika ini masih belum menemui kata putus, Arsene Wenger sekali lagi mengatakan bahawa beliau yakin Ramsey akan kekal bersama Arsenal walaupun terpaksa membiarkan pemain tersebut berada ditahun akhir kontrak bersama Arsenal.

Situasi ini turut menimbulkan spekulasi dengan mengatakan bahawa Arsenal bakal melepaskan pemain tersebut pada penghujung musim ini bagi mengelakkan situasi sama berulang (merujuk kepada Sanchez).

Dan Wenger ketika ditanya mengenai spekulasi ini, beliau menegaskan bahawa ianya adalah tidak benar sama sekali.

"Tidak, tidak sama sekali."

"Anda mahu mencari masalah, saya tidak tahu apa yang anda cari, kami mahu pemain kekal."

Wenger tetap yakin dengan prinsip yang diterapkan kelab, sejarah serta ciri-ciri yang ada pada kelab sudah cukup untuk meyakinkan para pemain untuk terus kekal bersama Arsenal.

"Kami mahu pemain kekal di kelab ini," kata Wenger.

"Itulah sebabnya saya selalu bercakap mengenai nilai-nilai yang ada pada kelab dan kelab ini telah dicipta oleh kami semua (sebagai komuniti dalam membina dan membentuk Arsenal sehingga berjaya)."

"Dan Arsenal merupakan salah sebuah kelab yang mana ianya tidak banyak ketika ini yang mempunyai nilai-nilai seperti kami."

"Kami mahu pemain kami bangga dengan nilai-nilai yang telah dicipta oleh mereka ini. Mereka telah berusaha keras dalam menjadikan Arsenal (seperti hari ini) dan dengan perasaan rendah diri selain keinginan untuk kekal bersama."

"Itulah nilai-nilai yang kami mahukan untuk para pemain mengekalkannya, kekal bersama dan memiliki nilai-nilai ini."

"Itulah yang kami mahu, itulah yang saya mahu. Itulah impian saya."

Selain itu Ramsey, Wenger juga berharap Jack WIlshere untuk membuat keputusan kekal bersama Arsenal dan turut dilaporkan (ESPN) bahawa Chelsea kini sedang memantau perkembangan kontrak Ramsey serta berminat untuk mendapatkan pemain ini.

Sumber : FFT

Post a Comment

Previous Post Next Post