🎥 Liga Europa | Danny Welbeck hantar Gattusso dan AC Milan pulang

Danny Welbeck jaringkan dua gol ketika Arsenal membenam AC Milan 3-1 pada perlawanan kedua peringkat 16 saingan Liga Europa.



Arsenal berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Liga Europa selepas selesa menewaskan AC Milan 3-1 awal pagi tadi dan secara aggregate 5-1.

Hakan Çalhanoğlu berjaya meletakkan AC Milan didepan pada perlawanan ini apabila melakukan rembatan cantik di minit ke-35 untuk menewaskan David Ospina.

Namun Welbeck berjaya menyamakan kedudukan empat minit kemudian hasil sepakan penalti penuh kontroversi selepas Ricardo Rodriguez didakwa mengasari beliau dan Welbeck tidak menghadapi masalah untuk menjaringkan gol penyamaan ini.

Tamat separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat 1-1 namun Arsenal masih berada didepan dengan aggregate 3-1.


Bersambung babak kedua, Granit Xhaka berjaya menambah sengsara AC Milan dan meletakkan pasukan itu dalam keadaan lebih tertekan apabila merembat cantik gol kedua Arsenal pada minit ke-71.

Dan Welbeck sekali lagi berjaya menjaringkan gol pada minit ke-86 sekaligus meranapkan impian dan harapan AC Milan untuk bangkit pada perlawanan ini.

Tamat perlawanan, Arsenal 3-1 AC Milan.
Undian peringkat suku akhir akan dijalankan pada malam ini jam 8.00 malam waktu Malaysia (baca disini).

Highlights Perlawanan


Post a Comment

Previous Post Next Post