Liga Europa bukanlah keutamaan Wenger

Walaupun peluang untuk berada dikelompok empat pasukan teratas liga ketika ini dilihat sukar, namun Arsene Wenger mengatakan Liga Europa bukanlah tumpuan utamanya.



Arsenal ketika ini ketinggalan 13 mata dengan Spurs yang menghuni tangga keempat liga dengan kelebihan satu perlawanan berbanding Arsenal yang masih belum beraksi bagi perlawanan minggu ini.

Disebalik prestasi yang terumbang ambing kebelakangan ini, Arsenal masih berpeluang untuk membawa pulang satu-satunya trofi kejuaraan apabila masih bersaing dalam Liga Europa.

Dan dengan munculnya selaku juara bagi kejuaraan Liga Europa itu, sudah pasti peluang Arsenal untuk kembali bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan turut terjamin andainya gagal menempatkan diri dikelompak empat pasukan terbaik liga musim ini.

Arsenal dijadualkan bertemu AC Milan minggu depan (9 Mar 2018) dalam saingan Liga Europa (pusingan ke-16) dan malam ini Arsenal bakal menentang Brighton and Hove Albion bagi saingan liga - perlawanan ke 29.

Musim lalu, Manchester United menggunakan kejuaraan Europa yang dimenangi mereka untuk beraksi dalam saingan UCL (musim ini) setelah hanya berjaya menamatkan saingan liga (EPL) ditangga keenam musim lalu.

Pun begitu, Wenger mengatakan bahawa Arsenal tidak semestinya mengutamakan kejohanan tersebut sebagaimana dilaporkan oleh Goal semalam.

"Saya rasa kita berada dalam situasi di mana kita perlu mencuba dan memenangi perlawanan seterusnya sebelum membuat pengiraan yang terlalu panjang," jelas Wenger.

"Perlawanan selepas ini selalu mempunyai 'kesan' dan perkara tersebut sentiasa berada dalam fikiran anda setelah anda bermain begitu banyak perlawanan, satu demi satu."

Wilshere mengalami kecederaan buku lali yang menyaksikan beliau tersisih daripada menentang City dalam saingan liga tempoh hari.
Dan Wenger turut mendedahkan dimana beliau masih belum pasti dapat menurunkan khidmat Jack Wilshere pada pertembungan menentang Brighton malam nanti selepas pemain ini mengalami kecederaan dan tidak menjalani latihan bersama skuad Arsenal.

"Saya tidak tahu kerana dia tidak berlatih."

"Saya perlu merehatkan beberapa pemain yang telah banyak beraksi dalam pertembungan menentang City, pasti, kerana kami banyak bermain."

"Kami akan lihat bagaimana tahap kecergasan beliau (Wilshere)."

Dengan tujuh kekalahan dalam semua pertandingan semenjak permulaan tahun 2018, Arsenal merupakan pasukan yang paling kerap mengalami kekalahan berbanding mana-mana pasukan lain dalam Liga Perdana ketika ini.

Pun begitu, disebalik tahap kenyakinan pemain yang semakin menurun, Wenger tetap yakin dengan pasukan beliau dimana beliau sedia berjuang mengembalikan kenyakinan pasukan sambil menjelaskan dimana beliau pernah mengalami situasi yang sama sebelum ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post