Chelsea tidak berada dalam krisis tegas Giroud.

Kesemua pemain Chelsea masih berada dibelakang Antonio Conte walaupun mengalami kekalahan keempat dalam lima perlawanan terakhir liga, tegas Olivier Giroud.



Olivier Giroud menegaskan bahawa Chelsea tidak berada didalam krisis ekoran kekalahan keempat dalam lima perlawanan liga semalam.

Chelsea menerima kekalahan keempat dalam tempoh lebih kurang lima minggu apabila tewas 1-0 kepada pendahulu liga, Manchester City di Stadium Etihad semalam hasil jaringan tungal pemain City,Bernardo Silva pada minit ke-46.

Kekalahan tersebut juga menyaksikan Chelsea kekal ditangga kelima dengan ketinggalan lima mata dibelakang Tottenham yang berada ditangga keempat liga dengan mengumpul 58 mata.

Ked. Pasukan P M S K J B +/- M
1. Manchester City 29 25 3 1 83 20 +63 78
2. Liverpool 29 17 9 3 67 32 +35 60
3. Manchester United 28 18 5 5 53 20 +33 59
4. Tottenham Hotspur 29 17 7 5 55 24 +31 58
5. Chelsea 29 16 5 8 50 26 +24 53
6. Arsenal 29 13 6 10 52 41 +11 45

Aksi  kurang bertenaga Chelsea ketika menentang City mencetuskan kritikan dan Giroud ketika ditanya mengenai adakah terdapat pergolakan serta krisis dikalangan pemain Chelsea, beliau menafikan perkara tersebut sambil menegaskan pemain Chelsea masih berada dibelakang Conte dalam memberi sokongan kepada pengurus tersebut.
"Of course, of course. I don't even question myself about that, so it is not a crisis. We played United away and City away. Obviously, we could have done better but these are not small games. - Giroud via Daily Mail.
"Kami tidak gembira mengenai keputusan ini.Ia bukanlah hari dan saat yang sesuai untuk mempersoalkan sama ada kami dibelakang beliau atau tidak. Jelas sekali kami berada teguh dibelakang beliau (Conte)."

"Ia bukan minggu yang baik untuk kami kerana lawan kami menang namun kami masih lagi mempunyai sembilan perlawanan untuk diharungi dan kami akan berjuang sehingga ke akhirnya."

"Tambahan pula pasti ada pasukan teratas yang bakal bertemu sesama mereka."

"Kami perlu kekal fokus dalam menghadapi situasi ini dan memenangi setiap perlawanan berikutnya. Kami perlukan sedikit momentum untuk mencapai kedudukan keempat liga."

Giroud bersama Alvaro Morata bermula di bangku simpanan pada perlawanan tersebut (menentang City) dengan Conte mengerahkan Eden Hazard sebagai pemain penyerang namun gagal mencatatkan sebarang percubaan pada perlawan itu.

"Terlalu mudah untuk mengatakan sesuatu selepas perlawanan tetapi jika Hazard berjaya menjaringkan gol, kami dapat mengatakan itu adalah pilihan terbaik. Jelas sekali ia merupakan hari yang sukar." jelas Giroud.

"Saya bukan jurulatih dan jurulatih membentuk pasukan. Kita perlu menghormati itu dan memberi yang terbaik tanpa mengira siapa yang beraksi."

Post a Comment

Previous Post Next Post