Dua keutamaan Arsenal pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Kredit gambar : BM23 Sports Reviews.

Mengikut laporan terkini yang dikeluarkan oleh Daily Telegraph, Arsenal telah menetap dua keutamaan pada jendela perpindahan musim panas nanti.



Dua keutaman tersebut adalah pada posisi pertahanan tengah dan pemain tengah yang dilaporkan menjadi keutamaan Arsenal.

Ramsey dan Wilshere yang masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan mereka bersama Arsenal.
Kredit gambar: Football 365.
Ini berikutan masa depan dua pemain tengah iaitu Jack Wilshere dan Aaron Ramsey yang masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan mereka bersama Arsenal.

Arsenal have made central midfield as well as central defence their transfer priority this year amid increasing uncertainty over the future of Jack Wilshere. - Daily Telegraph

Wilshere dilaporkan tidak berpuas hati dengan tawaran yang dibuat Arsenal dan mempertimbangkan peluang bersama Everton dan bakal menyertai mereka secara percuma musim depan.

Manakala Ramsey yang mana kontrak beliau bakal berakhir dipenghujung musim depan pula juga masih belum membuat keputusan mengenai tawaran yang dibuat Arsenal.

Dan jika beliau tidak menerima tawaran tersebut, kemungkinan bakal dilepaskan dan ini akan memberi kesan kepada dua tonggak utama dibahagian tengah Arsenal.

Selain itu, Arsenal turut kehilangan seorang lagi pemain tengah iaitu Santi Cazorla musim depan menyebabkan keutamaan Arsenal tertumpu kepada bahagian tengah (pemain).

Menurut laporan itu juga mengatakan bahawa Arsenal tidak akan memberi penekanan ataupun tumpuan pada bahagian serangan kerana menganggap mereka telah memiliki barisan serangan yang mantap.

Cuma penekan pada barisan tengah dan pertahanan sahaja yang bakal dilakukan mereka menjelang jendela perpindahan nanti dan tugas utama ini diserahkan kepada Ketua Pengambilan baru Arsenal, Sven Mislintat bagi memastikan Arsenal mempunyai ataupun memperolehi pemain yang dikehendaki yang bersesuaian dengan Arsenal.

Arsenal are also weighing up their position and Sven Mislintat’s scouting department is looking especially this summer to bolster the central spine of the squad. The striker situation is largely settled but, with Wilshere and Aaron Ramsey having not extended their contracts and Santi Cazorla’s entire career in the balance, central midfield has become a major focus. - Daily Telegraph

Arsenal turut dilaporkan sedah menilai pemain muda Schalke, Max Meyer yang berusia 22 tahun dimana kontrak pemain ini bakal berakhir dipenghujung musim ini.

Arsenal mungkin mendapatkan Max Meyer secara percuma musim hadapan. Kredit gambar: 90min
Namun laporan itu mendedahkan pengambilan pemain ini lebih dilihat sebagai prospek jangka masa panjang dan bukanlah penyelesaian kepada kekosongan yang bakal dihadapi Arsenal nanti.

Dan jika benar laporan ini maka impian peminat dan penyokong Arsenal untuk melihat pengganti kepada Petr Cech yang hangat diperkatakan seperti Jan Oblak tidak akan kesampaian.

Selain dua keutamaan tersebut, Mislintat juga dilaporkan mahu mencari pengganti kepada posisi pertahanan kanan yang mana ketika ini Nacho Monreal yang bakal memasuki tahun terakhir kontrak bersama Arsenal.

Walaupun Sead Kolasinac mampu menampung kehilangan Monreal, namun Mislintat tetap dilaporkan mahu mencari pengganti kepada pemain tersebut disamping memberi saingan kepada Kolasinac dalam usaha Mislintat yang mahu memperkukuhkan lagi skuad Arsenal musim depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post