Sidang media Arsenal menjelang pertembungan menentang Stoke City tanpa kehadiran Wenger

Menjelang pertembungan aksi liga minggu 32 Liga Perdana Inggeris diantara Arsenal menentang Stoke City, sidang media (pra perlawanan) Arsenal diadakan tanpa kehadiran Arsene Wenger dan diwakili oleh pembantu beliau, Steve Bould.



Difahamkan Arsene Wenger mengalami masalah kesihatan dan dipercayai beliau 'kehilangan' suara untuk menghadiri sidang media yang menjadi kebiasaan buat beliau.

Dan tugas beliau itu diambil ataupun dilakukan oleh pembantu beliau, Steve Bould.

Bould pada sidang media itu menjelaskan beberapa perkara mengenai perkembangan Arsenal termasuklah pemain tengah Jack Wilshere.

Wilshere dan Lacazette mampu beraksi menentang Stoke City esok.
Kredit gambar: Arsenal.
Wilshere, menurut Bould mampu beraksi pada pertemuan esok menentang Stoke walaupun tidak beraksi bersama skuad kebangsaan England baru-baru ini bagi perlawanan persahabatan antarabangsa.

Jack mengalami sedikit masalah pada lututnya dan kembali bersama kami menjalani latihan, dia ok (cergas),” jelas Bould.

Arsenal ketika ini menghuni tangga keenam liga dengan perbezaan 13 mata dengan Spurs yang menghuni tangga keempat liga.

Dengan baki lapan perlawanan sahaja lagi, ianya kelihat sukar buat Arsenal untuk menempatkan diri dikalangan empat pasukan terbaik liga yang seterusnya melayakkan mereka beraksi pada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan.

Namun Bould menegaskan bahawa ianya penting buat Arsenal mengekalkan prestasi dan momentum kemenangan sebelum berakhirnya saingan musim ini disamping ianya juga dapat membantu pasukan bagi menghadapi saingan Liga Europa.

"Sudah tentu ianya sukar (menamatkan saingan dikelompok empat pasukan terbaik),kami tidak bodoh. Tetapi jika kami mahu menjuarai Liga Europa, memenangi setiap perlawanan (baki perlawanan) amat penting buat kami." jelas Bould lagi.

Kejuaraan Liga Europa ketika ini menjadi peluang terbaik buat Arsenal untuk menjulang trofi kemenangan musim ini selepas kecewa dalam pemburuan kejuaraan domestik musim ini (gagal dalam saingan Piala FA, EFL dan kejuaraan Liga Perdana).

Selain itu, Bould juga menafikan bahawa Arsene Wenger tidak lagi memiliki 'aura' dan semangat (dahagakan kejayaan) untuk memburu kejuaraan sebaliknya beliau menegaskan bahawa Wenger masih lagi berbisa dan masih dahagakan kejuaraan.
“Behind closed doors I’ve never known someone who’s as hungry and determined to win football games. It (the hunger) is as big as I’ve ever seen, yes, for sure." - Bould

"Sememangnya, beliau sangat luar biasa."

"Saya sangat kagum dengannya. Beliau merupakan salah seorang pengurus terhebat."

"Saya gembira berada disamping beliau."

Post a Comment

Previous Post Next Post