Ejen Bellerin nafi khabar angin mengaitkan pemain pertahanan Arsenal ini

Dua kelab Itali dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Bellerin. Kredit Gambar : FFT

Hector Bellerin, 23 tahun pemain pertahanan Arsenal yang hangat dikaitkan dengan perpindahan pada musim panas nanti dengan kelab Itali dikatakan berminat untuk mendapatkan beliau, bagaimanapun perkara tersebut dinafikan oleh ejen beliau.



Ejen pemain tersebut,  Albert Botines  menafikan perkara yang mengaitkan ataupun mengatakan Bellerin bakal meninggalkan Arsenal pada musim panas nanti (jendela perpindahan).

Laporan Mirror mendedahkan dimana menurut ejen beliau itu, Bellerin ketika ini gembira bersama Arsenal dan setakat ini masih tiada tawaran dibuat oleh mana-mana kelab bagi mendapatkan khidmat Bellerin.

“There’s no contact for Bellerín, no-one has sought me out,” 

“He’s happy, he’s recently renewed and he’s playing consistently. It’s true that every player always wants to grow, but right now it’s difficult.”

Kontrak Bellerin bersama Arsenal bakal berakhir pada tahun 2023 dan ini bermakna mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan Bellerin, mereka terpaksa menunggu 'lampu hijau' (sama ada Arsenal sedia melepaskan atau ingin menjualkan pemain ini) daripada pihak pengurusan Arsenal.
Albert Botines bersama Bellerin. Kredit gambar: Goal Management.
Walaupun Botines menafikan sebarang spekulasi perpindahan Bellerin, namun beliau turut mendedahkan dimana beliau sedia mendengar mana-mana tawaran daripada kelab-kelab yang berminat untuk mendapatkan Bellerin.

Selain Juventus, Napoli turut dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Bellerin.

“If the Azzurri were interested in some of my clients I would listen, because – just like Juventus – Napoli are not only a great team in Italy but also now in Europe.”

Pendedahan daripada ejen Bellerin ini sekaligus menafikan khabar angin yang mengatakan Bellerin tidak lagi gembira berada bersama Arsenal ekoran kritikan daripada peminat dan penyokong Arsenal yang selalu 'menghentam' pemain tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post