Thomas Tuchel dilaporkan bakal menggantikan Arsene Wenger musim depan mengikut laporan terkini daripada media Jerman, Kicker.



Bekas pengendali Borussia Dortmund yang berusia 44 tahun ini dikatakan sedia menggantikan Arsene Wenger pada musim depan setelah menolak tawaran daripada Bayern Munich.

Tuchel semenjak meninggal Dortmund musim lalu, menjadi perhatian kelab-kelab elit seperti Bayern Munich, Chelsea dan juga Paris Saint Germain (PSG) bagi mengemudi pasukan mereka.

Namun dalam perkembangan terkini, media sukan Jerman, Kicker telah mendakwa dimana Tuchel dikatakan telah bersetuju dengan tawaran yang dibuat oleh Arsenal dan bakal mengemudi pasukan tersebut pada musim depan.
Beim FC Bayern wurde er als Nachfolger von Jupp Heynckes gehandelt, doch nach kicker-Informationen zieht es Thomas Tuchel nach London. Er soll Arsene Wenger beim FC Arsenal beerben. - Kicker
Menurut laporan itu lagi, Wenger dikatakan bakal meletakkan jawatan beliau pada penghujung musim ini walaupun kontrak pengendali kelahiran Perancis itu hanya berakhir pada tahun 2019 bersama Arsenal.

Tidak dapat dipastikan kesahihan berita ini, namun jika ianya benar sudah pasti ianya bakal memberi harapan baru buat peminat Arsenal untuk melihat pasukan ini kembali bersaing dan mengembalikan kegemilangan pasukan dipentas Eropah.

Post a Comment

Previous Post Next Post