Pemain 'defensive midfielder' Porto setia

Danilo Pereira, 26 tahun merupakan pemain defensive midfielder Porto. Kredit gambar: FC Porto.

Hampir dua tahun lamanya Arsenal dikaitkan dengan pemain tengah Porto, Danilo Pereira walaupun tiada sebarang perkembangan mahupun laporan yang mengatakan Arsenal telah pun memasuki rundingan untuk mendapatkan pemain tersebut.



Danilo Pereira, 26 tahun merupakan pemain berbakat kelahiran Guinea Bissau yang beraksi pada posisi pemain tengah bertahan (defensive midfielder) untuk kelab FC Porto serta mewakili skuad kebangsaan Portugal semenjak tahun 2015.

Beliau mula menyertai FC Porto pada 2 Julai 2015 dan setakat ini telah membuat 115 penampilan dengan 14 gol berjaya dijaringkan serta enam bantuan gol direkodkan beliau sepanjang karier beliau bersama Porto yang memasuki musim ketiga.

Manakala rekod beliau musim ini sahaja bersama Porto juga boleh dianggap cemerlang apabila berjaya menjaringkan empat gol dan tiga bantuan gol berjaya direkodkan beliau bagi 29 penampilan setakat ini.

Persembahan menarik yang ditunjukkan pemain ini bukan sahaja menarik minat Arsenal, malahan kelab gergasi lain seperti Paris Saint Germain (PSG) dan Manchester United serta Manchester City turut dikatakan berminat untuk mendapatkan Pereira.

Petikan akhbar Portugal yang mengatakan 'scout' daripada Arsenal dan Man.United memantau perlawanan melibatkan Pereira.
Pun begitu, laporan sebelum ini mengatakan PSG mempunyai kelebihan untuk mendapatkan pemain ini setelah PSG berjaya mendapatkan pemain Fluminense, Wendel yang dihantar kepada Porto secara pinjaman dan ini memberikan kelebihan buat mereka dalam rundingan sebagai pertukaran pemain.

Laporan O Jogo mengaitkan PSG dan Arsenal serta kelab Manchester (United dan City) denganPereira.
Namun, Pereira yang mempunyai kontrak bersama Porto sehingga tahun 2022 turut mempunyai klausa pelepasan bernilai €40 juta, bagaimanapun tidak berminat untuk berhijrah daripada Porto menyebabkan rumors perpindahan pemain ini tidaklah begitu diperkatakan.

Laporan O Jogo, mendedahkan dimana Pereira ketika ini begitu gembira bersama Porto malah sanggup untuk melanjutkan kontrak beliau jika ditawarkan kontrak baru bersama kelab Portugal itu.

Pereira tidak berminat untuk meninggalkan FC Porto.
Beliau turut menafikan khabar angin yang mengaitkan perpindahan beliau ke pasukan lain (liga lain) selepas berakhirnya kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia nanti dan menegaskan bakal kembali bersama Porto serta tidak akan mengecewakan pihak pengurusan kelab tersebut.

"Ya. Saya mempunyai kontrak sehingga 2022, dan jika saya memperbaharuinya, itu kerana saya gembira di sini, " jelas Pereira kepada O Jogo.

"Jika sebuah kelab telah memberikan segalanya kepada kami, apa yang kami mahukan, kestabilan dan semangat dalam melakukan apa sahaja bersama pasukan, jadi lebih baik untuk kami teruskan sahaja."

"Tidak ada sebab untuk tinggalkan sesebuah kelab jika bukan untuk perkara yang lebih baik. Saya tidak pernah bermain untuk sebuah kelab yang telah memberikan kepada saya terlalu banyak perkara (kebaikan) dan saya ingin membalas kembali apa yang mereka lakukan kepada saya."

"Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada FC Porto serta tidak akan mempersiakan kebaikan mereka terhadap saya. "

Rekod penampilan (karier) Danilo Pereira setakat ini
Kelab Musim Penampilan Gol Bantuan Gol
FC Porto 2015 - kini 115 14 6
CS Marítimo 2013 - 2015 70 4 2
Roda JC Kerkrade 2012 -2013 (pinjaman) 36 1 1
Aris Thessaloniki 2011 (pinjaman) 5 2 -
Parma Calcio 1913 2010 - 2013 5 - -

Post a Comment

Previous Post Next Post