Menyertai Bayern merupakan satu impian

Pemain sayap yang ini mampu beraksi pada kedua-dua posisi (kanan dan kiri) juga berkebolehan beraksi pada posisi penyerang kedua dikatakan menjadi sasaran dua kelab Inggeris iaitu Arsenal dan Tottenham, bagaimanapun membuat pendedahan yang mengejutkan mengenai kelab mana yang beliau idamkan untuk beraksi (mewakili).



Malcolm, 21 tahun pemain sayap Bordeaux dalam satu laporan yang diterbitkan oleh laman Sky Sport, telah mendedahkan dimana beliau mengimpikan untuk beraksi bersama kelab gergasi Jerman, Bayern Munich.
Bayern is one of the biggest clubs in the world. That would be a dream come true, to play there one day. - Malcom
Pendedahan pemain ini turut mendapat reaksi pengendali Bayern, Jupp Heynckes yang menyifatkan mereka tidak berminat untuk mendapatkan pemain kelahiran Brazil itu sekaligus memberikan sedikit harapan kepada Arsenal dan Tottenham untuk mendapatkan pemain ini (jika benar kedua-dua kelab ini berminat terhadap Malcom).

"Saya tidak pernah melihat aksi beliau, jadi sya tidak dapat memberi sebarang pendapat mengenai beliau," jelas pengendali Bayern itu.

"Saya tidak fikir bahawa kami berminat dengan pemain itu. Dan dia selalu dikaitkan dengan perpindahan namun masih lagi kekal bersama kelab itu (Bordeaux)."

Malcom mempunyai kontrak sehingga 2021 bersama Bordeaux namun beliau telah memberi bayangan akan meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini jika mendapat tawaran daripada mana-mana kelab elit Eropah.

Beliau juga percaya bahawa beliau mampu menyesuaikan diri dengan cepat di England, sekiranya tawaran itu datang dari kelab Liga Perdana Inggeris.

"Saya mempelajari bahasa Inggeris kerana ia adalah bahasa yang paling penting di dunia," 

"Di mana sahaja anda berada, dengan bahasa Inggeris anda boleh menyesuaikan diri, jadi itu sangat penting buat saya."

Sebelum ini, Bordeaux dilaporkan enggan melepaskan pemain muda tersebut pada jendela perpindahan Januari walaupun mendapat perhatian (minat) daripada pihak Manchester United, Arsenal dan juga Tottenham berminat untuk mendapatkan pemain itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post