Emil Forsberg nafi beliau berselisih faham dengan pengurus pasukan

Pemain RB Leipzig yang dikaitkan dengan Arsenal, Emil Forsberg nafi khabar angin yang mengatakan beliau berselisih faham dengan jurulatih pasukan itu.



Menurut laporan, Forsberg menafikan khabar angin yang mengatakan beliau mahu meninggalkan kelab itu ekoran bertengkar dengan ketua jurulatih (pengurus) RB Leipzig, Ralph Hasenhuttl.

Ralph Hasenhuttl mula mengemudi RB Leipzig pada tahun 2016.
Pemain kebangsaan Sweden ini hangat dikaitkan dengan perpindahan menyertai kelab Inggeris iaitu Arsenal dan Manchester United serta gergasi Bundesliga, Bayern Munich.

Pemain tengah dan juga sayap berusia 26 tahun ini mengharungi musim yang sukar kali ini (musim 2017/18) apabila mengalami kecederaan yang mengganggu prestasi beliau namun musim lalu , beliau berjaya menghasilkan 22 bantuan gol dalam 30 penampilan bersama kelab ini.

Musim ini beliau hanya berjaya menghasilkan tiga bantuan gol dan empat gol dalam 27 penampilan bagi kesemua kejohanan (setakat ini).

Bercakap kepada Expressen, beliau menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa beliau bakal berpindah daripada RB Leipzig ekoran mengalami masalah dengan ketua jurulatih kelab itu,Hasenhuttl.

"Tidak, saya mempunyai hubungan yang baik dengan jurulatih saya," katanya.

"Saya faham wujudnya spekulasi apabila saya tidak bermain, tetapi saya sangat gembira bersama kelab ketika ini."

"Kami akan terus mencipta sejarah dan sasaran kami adalah memenangi Liga Europa."

Pemain kebangsaan Sweden ini dikaitkan dengan Arsenal sekali lagi oleh wartawan tersohor bolasepak Jerman, Rafa Honigstein yang mengatakan:

"Beliau masih merupakan seorang pemain yang benar-benar mahu beraksi di dalam Liga Perdana dan beliau sangat kecewa apabila tawaran Arsenal sebelum ini ditolak oleh Leipzig."

"Saya fikir (Arsenal) akan kembali untuknya kerana beliau mempunyai bakat yang sangat hebat."

Post a Comment

Previous Post Next Post