'Scout' Arsenal terpesona dengan aksi pertahanan muda Portugal

Tidak dapat dinafikan bahawa Arsenal memiliki barisan kakitangan peninjau ataupun pencari bakat antara yang terbaik di Eropah dengan sentiasa memantau pemain muda sebelum pemain tersebut menjadi terkenal.



Pun begitu, entah dimana silapnya pemain-pemain muda ini gagal dibawa masuk menyertai Arsenal.

Terkini, dilaporkan bahawa Arsenal sedang memerhati dan memantau pemain pertahanan muda Portugal, Diogo Leite daripada kelab FC Porto.

Mengikut laporan Record enam hari lalu, peninjau ataupun pencari bakat daripada kelab Inggeris  teruja dengan persembahan pemain itu dan mungkin cuba untuk menandatangani pemain tersebut pada masa akan datang.

Dua ejen pencari bakat (peninjau) daripada kelab Inggeris yang dimaksudkan itu tadi adalah Arsenal dan juga Everton.

Mereka (peninjau) tersebut dikatakan menjalankan tugas mereka ketika perlawanan UEFA Youth League yang menemukan Tottenham Hotspur menentang FC Porto bertempat di Pusat Latihan Tottenham di Enfield  (Tottenham Training Centre, Enfield).

Pada perlawanan tersebut, FC Porto berjaya menewaskan Tottenham dengan keputusan 2-0 dan aksi daripada Diogo Leite di barisan pertahanan berjaya memikat ejen pencari bakat Arsenal dan juga Everton.

Leite hampir berjaya mencatatkan nama selaku penjaring pada perlawanan tersebut apabila berjaya menanduk bola ke gawang Spurs hasil sepakan penjuru namun bola terlebih dahulu terkena kaki pemain lawan sebelum menerjah gawang Spurs.

Anda boleh saksikan highlights perlawanan Spurs vs Porto disini (klik).

Pemain Porto meraikan kemenangan keatas Spurs.
Leite berusia 19 tahun, mempunyai kontrak bersama Porto sehingga tahun 2021 dan masih belum membuat sebarang penampilan bersama skuad utama Porto.
The scouts of the Premier League are enthusiastic about the evolution of Diogo Leite. At the Youth League meeting that FC Porto won at Tottenham, the club received a special note from Arsenal and Everton, emblems that have referred to it as a target with potential for future recruitment. - Report
Bagaimanapun beliau telah membuat 24 penampilan bersama skuad Porto B dalam saingan Liga 2 Porto dan enam penampilan dalam aksi ataupun saingan UEFA Youth League, menjadikan beliau kini telah membuat 30 penampilan dan dua gol serta satu bantuan gol dihasilkan bersama skuad Porto B musim ini.

Walaupun Arsenal mempunyai peluang untuk menandatanganinya sekarang, namun kemungkinan besar Arsenal akan menunggu sehingga beliau beraksi pada peringkat profesional sebelum membuat sebarang percubaan mendapatkan beliau.

Info Ringkas:
Tarikh Lahir : 23 Januari 1999 (19 tahun)
Tempat lahir : Porto
Warganegara : Portugal
Tinggi : 1.88 meter
Skuad Kebangsaan : Portugal U19

Post a Comment

Previous Post Next Post