Henry sedia jadi pengurus Arsenal namun mahukan kata putus Wenger

Pemain lagenda Arsenal, Thierry Henry mengatakan bahawa beliau sedia menerima cabaran bagi mengisi jawatan pengurus Arsenal daripada Arsene Wenger andainya jawatan tersebut dikosongkan.



Walau bagaimanapun, beliau mahukan Wenger memberi kata putus mengenai karier dan masa depan beliau (Wenger) bersama kelab yang dibimbingnya bermula daripada pada tahun 1996 terlebih dahulu sebelum menerima jawatan tersebut.

Spekulasi berlanjutan mengenai kedudukan Wenger di Arsenal kini semakin meningkat selepas The Gunners mengalami kekalahan berturut-turut dalam semua kejohanan.

Terbaru kekalahan 2-1 dalam saingan Liga Perdana terhadap Brighton malam tadi yang mengakibatkan Arsenal kini ketinggalan 13 mata untuk berada dikelompok empat pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris.

Bekas pemain kebangsaan Perancis dan juga lagenda Arsenal, Thierry Henry yang kini bekerja sebagai pembantu kepada pengurus skuad kebangsaan Belgium, Roberto Martinez, tidak menolak peluang untuk mengemudi Arsenal andainya diberikan jawatan tersebut.

Henry menjelaskan perkara tersebut ketika ditanya oleh Sky Sports adakah beliau akan menerima jawatan pengurus Arsenal jika diberi peluang dan beliau menegaskan bahawa beliau gemarkan cabaran dan sedia menerima jawatan tersebut andainya khidmat beliau diperlukan oleh Arsenal sebagaimana menurut laporan Vanguard.

"Dengar, saya merupakan seorang yang gemarkan cabaran, anda tidak boleh lari daripada cabaran," 

"Kami bercakap secara hipotesis sebelum orang lain membuat kesimpulan mengenai segala-galanya, (tetapi) saya tidak pernah lari dari cabaran semenjak kecil lagi."

"Jika saya mendengar kata-kata daripada mereka mengenai di mana saya akan berada, saya tidak akan berada di sini."

"Apabila saya tiba di Arsenal, mereka berkata kepada saya, 'Kenapa anda berada di luar kotak, anda tidak akan menjaring gol.' Dengan kedudukan saya yang berada di sebelah kiri atau dimana sahaja. Anda tidak boleh lari dari cabaran, anda perlu sentiasa berfikir bahawa anda boleh (positif)."

"Apabila saya kembali bermain untuk Arsenal, semua orang, semua rakan saya berkata, 'Ia boleh merosakkan legasi anda, kenapa anda perlu kembali ke sana?' "

"Jika anda sukakan sesuatu (pasukan) dan mereka meminta... saya ulangi, mereka meminta... untuk mendapatkan bantuan ataupun pertolongan, anda akan mengatakan ya. Apa yang saya katakan kepada anda adalah sekali lagi, kita bercakap mengenai pemikiran hipotesis."

*Definisi hipotesis mengikut kamus dewan bahasa edisi keempat: sesuatu pendapat yang di­ang­gap benar sebagai alasan walaupun kebe­nar­annya masih belum dibuktikan; menghipotesiskan membuat atau meng­anggap sesuatu sebagai hipotesis: kaitan keadaan dengan orientasi atas dasar yang dihipotesiskan. 

Thierry Henry memenangi dua kejuaraan Liga Perdana dibawah kendalian Arsene Wenger.
Dengan dua gelaran juara Liga Perdana dan tiga Piala FA di bawah Wenger, Henry, penjaring terbanyak sepanjang masa Arsenal, menjelaskan dimana beliau 'terdesak' untuk melihat dan menunggu Arsene Wenger menentukan masa depannya sendiri bersama Arsenal.

"Kita bercakap mengenai adakah beliau akan melepaskan jawatan atau tidak. Saya tidak boleh mengulasnya,"

"Saya tidak duduk di atas pagar, saya tidak boleh mengulas perkara ini."

"Saya pernah berjuang bersama beliau sebelum ini, saya tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut. Adakah anda memahami apa yang saya maksudkan? Saya cuma tidak boleh mengulas perkara ini."

"Apa yang saya tidak mahu lihat adalah apa yang berlaku kepada beliau ketika ini dan saya inginkan beliau memberikan kata putus, apa sahaja keputusan yang bakal beliau katakan."

Post a Comment

Previous Post Next Post