🎥 Liga Perdana : Brighton & Hove Albion 2-1 Arsenal

Arsenal terus dirundum malang apabila dimalukan dengan kekalahan 2-1 kepada kelab yang baru menyertai Liga Perdana musim ini, Brighton & Hove Albion di Stadium Falmer (AMEX) malam tadi.



Pasukan tuan rumah, Brighton & Hove Albion membuka tirai jaringan seawal minit ke-7 perlawanan melalui Lewsi Dunk apabila berjaya merembat masuk bola hasil tandukan Duffy yang berpunca daripada sepakan penjuru yang diambil Gross.

Sebelum itu, Arsenal dilihat bermula dengan yakin dan mengasak kubu Brighton serta nyaris membuahkah hasil namun sayangnya percubaan Ozil hanya melewati palang gol lawan.

Kesilapan hantaran Koscielny menyebabkan Arsenal dihukum sekali lagi apabila Murray berjaya menanduk masuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-26.

Arsenal merapatkan jurang perbezaan gol apabila berjaya menjaringkan gol melalui penyerang termahal, Aubameyang pada minit ke-43.

Tamat separuh masa pertama perlawanan dengan tuan rumah mendahului Arsenal 2-1 dan keputusan jaringan ini kekal sehingga minit ke-90 perlawanan.

Walaupun Arsenal menguasai perlawanan namun mereka tetap gagal menambah jaringan sekaligus menamat tiga perlawanan liga (terakhir setakat ini) dengan kekalahan secara berturut-turut setelah berjaya mencatatkan besar keatas Everton (5-1) pada 3 Februari lalu.

Lebih malang lagi kerana kekalahan ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut yang dialami Arsenal dalam tempoh 10 hari setelah tewas dua kali kepada Manchester City sebelum ini.

HIGHLIGHTS PERLAWANAN


Post a Comment

Previous Post Next Post