Situasi Massimiliano Allegri bersama Juventus.

Kredit gambar: Malay Mail Online

Juventus mampu menamatkan saingan musim ini (2017/18) dengan penuh cemerlang apabila berpeluang mencapai kejuaraan 'triplete' (Coppa Italia, Juara Liga, Liga Juara-Juara Eropah) yang masih berada dalam saingan mereka ketika ini.



Dengan Massimiliano Allegri terus membawa dan mengemudi Juventus dalam memburu dan mencapai kejuaraan, beliau juga terus diburu oleh beberapa kelab elit dan ternama dunia yang mahu mendapatkan khidmat beliau musim hadapan.

Walaupun beliau telah menandatangani kontrak baru bersama Juventus musim lalu dan bakal berakhir pada tahun 2020, namun itu semua tidak menghalang pasukan-pasukan elit tersebut untuk terus memburu beliau.



PSG dilaporkan berada dikedudukan pertama dalam senarai pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Allegri bagi menggantikan Unai Emery, pengurus pasukan mereka ketika ini.

Selain itu, Chelsea, Arsenal, Real Madrid dan Bayern Munich turut dikatakan berminat untuk mendapatkan pengurus Juventus ini musim depan.

Sekiranya Juve berhasrat mengekalkan Allegri, mereka perlu memberi beliau kebebasan dalam memilih pemain dan juga kebebasan dalam melakukan pembelian pemain pada jendela perpindahan sebagaimana kebebasan beliau dalam mengawal pemain dalam pasukan.

Namun jika Allegri berhasrat untuk meninggalkan Juve, sudah tentu pihak Juventus tidak berminat untuk mengekalkan pengendali pasukan yang tidak mempunyai perasaan 100% komited terhadap pasukan.

Dan jika situasi ini menjadi kenyataan, siapakah calon yang bakal menjadi pengganti kepada Allegri?

Walaupun tiada rumors yang mengaitkan mana-mana pengurus ataupun jurulatih yang bakal menyertai Juventus ketika ini, namun nama-nama seperti Simone Inzaghi (pengurus Lazio) mahupun Zinedine Zidane (jika beliau tidak lagi diperlukan oleh Real Madrid) mungkin menjadi sasaran Juventus bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Allegri.

Melihatkan senario ini, agak sukar untuk mengaitkan Arsenal bakal membawa Allegri menyertai mereka musim depan melain pengganti kepada Allegri ketika ini kuat diperkatakan bersama Juventus.

Apa-apapun, masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian mengenai isu ini.


Post a Comment

Previous Post Next Post