Harapan Jack Wilshere untuk kembali beraksi bersama skuad kebangsaan England berkecai sekali lagi.



Kali terakhir Wilshere beraksi bersama skuad England adalah pada kejohanan Euro 2016 namun semenjak itu, kecederaan sentiasa menghantui beliau untuk mewakili skuad kebangsaan England.

Dengan prestasi yang cemerlang dan mampu mengekalkan kecegersaan beliau ketika ini bersama Arsenal, beliau telah dipanggil kembali untuk menyertai skuad kendalian Gareth Southgate bagi aksi perlawanan persahabatan antarabangsa minggu ini.

Namun impian tersebut tidak kesampaian setelah beliau sekali lagi dilaporkan mengalami kecederaan dan tidak berada didalam senarai pemain yang berlepas ke Amsterdam bagi perlawanan England menentang Belanda yang dijadualkan lewat pagi esok (waktu Malaysia - 3.45 pagi).

Southgate pada persidangan media sebelum perlawanan menafikan kecederaan yang dialami pemain tengah Arsenal yang berusia 26 tahun itu menyebabkan pemain itu bakal digugurkan dari skuad kendalian beliau malah beliau turut menegaskan khidmat Wilshere masih diperlukan bagi perlawanan menentang Itali nanti (28 Mac jam 3.00 pagi waktu Malaysia).

"Jack hanya merasakan kesakitan (sesuatu) pada tendinopathy di lututnya," kata Southgate. 

"Ia adalah berpunca daripada kecederaan yang dialami beliau sebelum ini dan tidak terlalu serius."

"Kami mempunyai pilihan untuk membawanya ke sini dan merawatnya di sini namun kami akhirnya memutuskan untuk tidak membawa beliau bersama."

"Beliau masih berpeluang untuk bersama kami bagi perlawanan seterusnya (menentang Itali) namun kami akan menilai terlebih dahulu kecederaan dan perkembangan beliau."



Post a Comment

Previous Post Next Post