![]() |
Ousmane Dembele, 20 tahun. Kredit gambar : Daily Express. |
Apabila Barcelona setuju untuk membayar kepada Borussia Dortmund dengan pakej keseluruhan yang hampir mencecah €150 juta (£131 juta) bagi mendapatkan pemain muda, Ousmane Dembele, ianya dilihat sebagai satu pembelian 'panik' dan terdesak oleh gergasi Sepanyol itu setelah kehilangan Neymar kepada Paris Saint Germain (PSG).
Walaupun pemain ini masih muda dan di akui dengan kebolehan luar biasa beliau ketika bersama Dortmund, namun dengan nilai yang dibayar oleh Barcelona itu, ianya dilihat sebagai pelaburan yang merugikan buat masa ini dimana pemain ini hanya mampu menjaringkan satu gol dan lima bantuan gol dalam 13 penampilan (setakat ini) bersama mereka (Barcelona) dalam kesemua kejohanan.
Rekod penampilan Dembele bersama Dortmund bagi musim 2016/17.
Saingan | Penampilan | Gol | Bantuan Gol | Minit Permainan |
---|---|---|---|---|
1.Bundesliga | 32 | 6 | 13 | 2040' |
Champions League | 10 | 2 | 6 | 769' |
DFB-Pokal | 6 | 2 | 2 | 510' |
DFL-Supercup | 1 | - | - | 68' |
JUMLAH | 49 | 10 | 21 | 3387 minit |
Sudah tentu Barcelona mengharapkan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang dipersembahkan ataupun disumbangkan Dembele ketika ini, apabila mereka telah mengeluarkan belanja yang hampir mencecah €150juta.
Pemain muda ini bergelut dengan masalah kecederaan yang dihadapi beliau semenjak menyertai Barcelona sehinggakan media Sepanyol melaporkan dimana pemain ini mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri di negara itu, baik ketika dipadang mahupun diluar padang.
Rekod Kecederaan Dembele bersama Barcelona
Jenis kecederaan | Tarikh Cedera | Tarikh Pulih | Jumlah Perlawanan Terlepas |
---|---|---|---|
Muscle Injury | 15 Januari 2018 | 10 Februari 2018 | 7 |
Thigh muscle rupture | 17 September 2017 | 2 Januari 2018 | 20 |
Laporan terbaru daripada Don Balon mengatakan bahawa mereka (Barcelona) telah mencapai persetujuan dengan pemain kebangsaan Perancis, Antoine Griezmann dan pemain tersebut bakal menyertai mereka pada penghujung musim nanti (perpindahan musim panas).
Dan dengan kehadiran Griezmann, peluang ataupun khidmat Dembele kini menjadi semakin sukar dan mungkin tidak lagi diperlukan Barcelona sebagaimana laporan Don Balon yang mengatakan pihak Barcelona sedang menilai untuk meminjamkan pemain ini kepada mana-mana kelab.
Selain itu juga, Barcelona turut dilaporkan sedia untuk melepaskan pemain ini dengan klausa pembelian kembali (buyback option) dan antara pasukan yang dikaitkan dengan pemain ini adalah dua kelab Inggeris iaitu Liverpool dan Arsenal, selain Atlético turut berminat mendapatkan pemain ini.
Rekod penampilan Dembele musim ini (2017/18) bersama Barcelona
Saingan | Penampilan | Gol | Bantuan Gol | Minit Permainan |
---|---|---|---|---|
LaLiga | 9 | - | 4 | 424' |
Champions League | 2 | 1 | - | 138' |
Copa del Rey | 2 | - | 1 | 49' |
JUMLAH | 13 | 1 | 5 | 611 minit |
Namun harga yang tinggi sebagaimana tajuk laporan tersebut mungkin menyukarkan mana-mana pasukan yang ingin mendapatkan pemain muda ini apabila Barcelona dikatakan sedia melepaskan pemain ini dengan nilai perpindahan sekitar €100 (£87 juta).
El Barcelona tiene un acuerdo verbal con Griezmann que debería vestir al francés de azulgrana en verano. Una operación que dejará a Dembélé con la soga al cuello y que podría terminar con la cesión, o venta con recompra, del galo a Arsenal, Liverpool o Atlético. - Don Balon
Walaupun laporan yang dibuat oleh Don Balon ini dilihat sukar untuk dipercayai, namun jika ianya benar, kedatangan Griezmann bakal menjadi berita buruk buat Dembele yang masih lagi gagal membuktikan kehebatan beliau setakat ini bersama Barcelona.
Dan jika ianya benar, sudah pasti peluang bakal terhidang buat mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan Dembele dan Arsenal antara salah satu pasukan yang dikatakan berminat untuk mendapatkan Dembele dilihat lebih realistik berbanding Liverpool untuk mendapatkan pemain ini.
Ini kerana hubungan rapat diantara Dembele dan juga Pierre-Emerick Aubameyang (yang masih berhubungan dan selalu berhubung) memberikan satu kelebihan buat Arsenal untuk menggandingkan mereka berdua disamping Henrikh Mkhitaryan.
Perkembangan ini juga adalah salah satu berita yang patut diperhatikan kerana jika Griezmann berpindah ke Barcelona (sebagaimana yang diyakini oleh banyak pihak di Sepanyol) maka ia bakal mencetuskan persoalan mengenai masa depan Dembele bersama Barcelona.
Pun begitu, mengenali Arsene Wenger dan Arsenal, dengan nilai yang ditetapkan Barcelona (sebagaimana laporan tersebut) sekitar €100 (£87 juta), ianya juga dilihat sesuatu yang mustahil untuk mereka (Arsenal) membelanjakan sejumlah besar (nilai perpindahan yang tinggi) untuk mendapatkan seorang pemain, lebih-lebih lagi seorang pemain muda yang masih belum mampu mencipta nama selaku pemain handalan dunia.
Senarai Top 10 Pemain Termahal Yang Dibeli Arsenal
# | Pemain | Umur (tahun) | Nilai Perpindahan (juta) |
---|---|---|---|
1 | Pierre-Emerick Aubameyang | 28 | £55 |
2 | Alexandre Lacazette | 26 | £46.5 |
3 | Mesut Özil | 24 | £42.5 |
4 | Alexis Sanchez | 25 | £35 |
5 | Shkodran Mustafi | 24 | £35 |
6 | Granit Xhaka | 23 | £34 |
7 | Jose Antonio Reyes | 20 | £17.4 |
8 | Lucas Perez | 27 | £17.1 |
9 | Andrey Arshavin | 27 | £16.95 |
10 | Santi Cazorla | 27 | £16.5 |
* Nota : Umur adalah ketika umur pemain tersebut menyertai Arsenal dan sumber rujukan bagi nilai perpindahan adalah Goal.