Juventus pantau perkembangan Ramsey

Kredit gambar: Metro

Perkembangan kontrak dan masa depan Aaron Ramsey, 27 tahun bersama Arsenal kini mendapat perhatian kelab Itali, Juventus.

Dengan kontrak Ramsey bakal berakhir pada penghujung musim 2018/19 dan dibawah peraturan 'Bosman Ruling', kelab tidak dapat menghalang mahupun meminta bayaran (perpindahan) daripada kelab yang menerima pemain (menandatangani pemain secara percuma) yang berada di tahun akhir kontrak mereka.

Dan Ramsey boleh berunding (pra-kontrak) dengan mana-mana pasukan ataupun kelab tanpa sebarangan halangan dan sekatan daripada Arsenal pada tahun terakhir kontrak tersebut.

Ini bermakna, jika Arsenal gagal mengikat Ramsey dalam rundingan kontrak mereka, Ramsey mampu menyertai Juventus secara percuma pada musim berikutnya (selepas kontrak beliau berakhir bersama Arsenal) iaitu pada musim 2019/2020.

Perkembangan Ramsey bersama Arsenal ketika ini mendapat perhatian beberapa kelab eropah termasuklah beberapa kelab Inggeris yang dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau musim depan.

Perkara ini mungkin terjadi seandainya Arsenal gagal mencapai kata putus dalam rundingan kontrak bersama Ramsey dan jalan penyelesaian yang mungkin diambil (bagi mengelakkan kehilangan pemain secara percuma) adalah dengan melepaskan (menjual) pemain ini.

Mungkin peristiwa Robin van Persie bakal berulang?

van Persie dilepaskan Arsenal setelah gagal dalam rundingan untuk mengekalkan pemain ini sebelum memasuki tahun akhir kontrak beliau.
Mengikut laporan Calcio Mercato, Juventus dikatakan telah ditawarkan pemain ini kepada mereka melalui 'orang tengah' dan mensasarkan pemain tersebut pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Walaupun sebelum ini Juventus dikatakan mensasarkan pemain tengah Liverpool, Emre Can sebagai sasaran utama mereka, pun begitu, Ramsey kini dikatakan menjadi sasaran kedua (pilihan) mereka seandainya gagal mendapatkan Emre Can.

Kontrak Can bakal berakhir bersama Liverpool pada penghujung musim ini dan rundingan kontrak diantara pemain tersebut bersama Liverpol masih belum menemui kata putus. 

Juventus sebelum ini dilihat yakin dapat menandatangani pemain tersebut secara percuma namun laporan terkini mengatakan bahawa mereka (Juventus) mungkin gagal dalam rundingan mendapatkan Can.

Juventus terdesak untuk mencari seorang pemain tengah yang mampu beraksi pada pelbagai peranan dan diatas faktor ini menjadikan Ramsey salah seorang pemain yang menjadi sasaran mereka musim depan.

Setakat ini, Juventus masih belum memulakan rundingan secara rasmi bagi mendapatkan Ramsey, namun mengikut laporan, Juventus telah pun mula 'merisik' Ramsey secara tidak formal.

Pun begitu, kelab-kelab lain seperti Chelsea, Man. City dan juga Man. United turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain kebangsaan Wales ini.

Ramsey dikatakan menolak tawaran baru yang dikemukan Arsenal terhadap beliau dan menurut laporan Calcio Mercato, Arsenal mampu mengekalkan Ramsey seandainya mereka (Arsenal) dapat memenuhi tuntutan yang dikemukan oleh Ramsey dalam pembaruan kontrak tersebut selain pemain itu turut mahukan penjelasan (mengetahui) mengenai masa depan Arsene Wenger bersama Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post