Mohamed Elneny tandatangani kontrak baru bersama Arsenal

Elneny, 25 tahun menyertai Arsenal pada tahun 2016 daripada kelab Switzerland, FC Basel dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan, namun dipercayai sekitar £5 - £7.5 juta.



Setakat ini beliau telah membuat 65 penampilan dengan dua gol dan lima bantuan gol berjaya dihasilkan beliau bagi kesemua kejohanan semenjak menyertai Arsenal.

Musim ini sahaja (setakat ini), beliau telah membuat 26 penampilan dalam kesemua kejohanan dan penampilan terbanyak beliau adalah dalam saingan Liga Europa musim ini dengan 10 penampilan berbanding sembilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pun begitu, beliau berjaya menghasilkan satu gol dan dua bantuan setakat ini bagi musim ini.

Rekod penampilan Elneny musim 2017/18.

Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol
Europa League 10 1 -
Premier League 9 - 1
EFL Cup 5 - 1
Community Shield 1 - -
FA Cup 1 - -
JUMLAH 26 1 2

Walaupun di awal musim ini khidmat beliau seakan tidak lagi diperlukan apabila terdapat laporan yang mengatakan bahawa Arsenal telah menerima tawaran Leicester untuk mendapatkan beliau, namun Elneny membuat keputusan untuk kekal bersama Arsenal.
The Foxes moved for the Egypt midfielder, 25, last month and had a £10million bid accepted. - Mirrow , 8 Ogos 2017.
Bagaimanapun, perkembangan terbaru beliau bersama Arsenal menyaksikan sesuatu yang mengejutkan dimana laporan daripada laman rasmi Arsenal telah mendedahkan bahawa mereka (Arsenal) telah menawarkan pembaharuan kontrak (kontrak lanjutan) kepada pemain kelahiran Mesir ini.

Dan menurut laporan itu juga, Elneny telah pun bersetuju dengan tawaran tersebut dan menandatangani kontrak lanjutan yang menyaksikan beliau bakal kekal bersama Arsenal untuk tempoh panjang.

Walaupun tidak didedahkan tempoh tersebut, namun menurut sumber lain, ianya dilaporkan bahawa Elneny bakal bersama Arsenal sehingga tahun 2022.

Perkembangan ini mungkin tidak menggembirakan sesetengah penyokong Arsenal yang mana ketika ini tumpuan mengenai penyambungan kontrak lebih tertumpu kepada dua pemain 'core' Arsenal iaitu Aaron Ramsey dan juga Jack Wilshere.



Kedua-dua pemain ini masih belum memutuskan masa depan mereka bersama Arsenal dan Wilshere dilihat lebih kritikal memandangkan hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk kontrak beliau berakhir bersama Arsenal.

Manakala Ramsey masih mempunyai setahun untuk memutuskan masa depan beliau bersama Arsenal. Jika masih gagal, maka kita akan melihat situasi sama berulang ketika Alexis Sanchez dan Mesut Ozil yang berada ditahun akhir kontrak mereka bersama Arsenal.

Namun Elneny, bukan lah satu keperluan buat skuad ketika ini (ya atau tidak). Pun begitu tidak dapat dinafikan sumbangan beliau jika diturunkan.

Beraksi pada bahagian tengah, beliau dilihat lebih 'solid' dalam mengawal dan mengatur gerakan serangan Arsenal yang bermula daripada bawah selain kemampuan beliau untuk membantu barisan pertahanan.

Disamping itu, mungkin rasa cinta terhadap Arsenal (sebagaimana yang digemari Arsene Wenger) melayakkan beliau untuk menerima kontrak lanjutan ini.

Walaupun jarang diturunkan dan jika diturunkan, boleh dikatakan aksi beliau tidak pernah mengecewakan. Ini menunjukkan sikap beliau yang mahu berjuang merebut tempat dikalangan pemain-pemain Arsenal untuk membuktikan kehebatan serta layak beraksi didalam skuad utama Arsenal.

Tiada rungutan yang dikeluarkan beliau malah beliau terus berjuang demi lencana di dada dan yang paling penting, beliau masih muda serta masih boleh dibentuk.

Mungkin musim depan merupakan musim gemilang buat beliau? Siapa tahu?

Selamat maju jaya buat Mohamed Elneny dan semoga berjaya membawa Arsenal kembali gemilang.

#COYG #WeAreTheArsenal 


Post a Comment

Previous Post Next Post