Bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang telah mengimport sebahagian daripada koleksi kereta mewah beliau yang bernilai hampir £850,000 dan kereta-kereta tersebut diletakkan di luar hotel mewah tempat dimana beliau tinggal.



Pierre-Emerick Aubameyang terkenal dengan gaya hidupnya yang mewah dan koleksi kereta mewah beliau adalah bukti kekayaannya.

Pemain antarabangsa Gabon itu dilihat dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di England dan begitu juga dengan aksi beliau bersama Arsenal dan ini dapat disaksikan apabila beliau telah mengimport sebahagian daripada koleksi kereta (kereta terpilih) beliau ke England yang diletakkan beliau di luar hotel mewah dimana beliau tinggal ketika ini.

Anggaran nilai keseluruhan bagi keempat-empat kereta terpilih yang dibawa beliau ke London itu adalah berjumlah hampir £850,000 sementara sebahagian lagi kereta beliau ditinggalkan di Jerman.

Beliau ketika beraksi bersama Borrusia Dortmund, telah mengumpul 13 jenis kereta mewah yang mana nilai secara keseluruhan koleksi kereta beliau bernilai hampir £2juta.

Melalui pendedahan Daily Mail, keempat-empat kereta beliau itu diletakkan di perkarangan tempat letak kereta di hotel mewah dimana beliau tinggal ketika ini tanpa menamakan hotel tersebut.

Kereta-kereta Aubameyang berbaris di luar hotel mewah yang mana beliau tinggal ketika ini semenjak berpindah ke London pada Januari lalu.
Porsche Panamera Turbo Techart yang mengagumkan bernilai £ 140,000  antara yang dibawa Aubameyang ke London.

Lamborghini Aventador bernilai £270,000

Ferrari 812 Superfast bernilai £250,000.

Range Rover Sport Mansory yang bernilai £150,000 dengan warna emas yang sentiasa digunakan Aubameyang.
Aubameyang ketika ini menerima gaji berjumlah £180,000 seminggu bersama Arsenal dan  gabungan nilai keempat-empat kereta ini berjumlah £810,000.

Koleksi kereta mewah yang dibawa Aubameyang ke London:
  1. Porsche Panamera Turbo Techart - £140,000
  2. Lamborghini Aventador - £270,000
  3. Ferrari 812 Superfast - £250,000
  4. Range Rover Sport Mansory - £150,000
Manakala kereta beliau yang masih berada di Jerman:
  1. Audi R8 V10 Plus - £128,000
  2. Aston Martin DB9 Volante 2 - £140,000
  3. Ferrari 488 Spider - £205,000
  4. Porsche Panamera Mansory C One - £113,000
  5. Volkswagen Beetle Cabriolet - £22,000
  6. Porsche Cayenne Techart Magnum - £60,000
  7. Ferrari 458 Italia - £200,000
  8. Audi R8 2013 - £128,000
  9. Lamborghini Gallardo LP560-4 - £141,000 


Sumber dan kredit : Daily Mail

Post a Comment

Previous Post Next Post