Pemain sayap Benfica sasaran Arsenal

Walaupun telah menandatangani Henrikh Mkhitaryan dari Manchester United dalam pertukaran pemain bersama Alexis Sánchez, Arsenal dikatakan berhasrat untuk mengukuhkan lagi jentera serangan pasukan sebelum saingan musim hadapan bermula.


Dan menurut laporan daripada Daily Mirror, Arsenal telah mengenalpasti pemain sayap Benfica iaitu Andrija Živković sebagai sasaran utama menjelang jendala perpindahan musim panas ini.

Bagaimanapun, Arsenal bakal mendapat saingan daripada Manchester United yang mana turut dikatakan berminat mendapatkan pemain kelahiran Serbia berusia 21 tahun ini.

Bekas bintang Partizan Belgrade ini berada dalam prestasi terbaik semenjak beberapa bulan lalu dan berjaya membentuk persefahaman yang baik bersama Franco Cervi dan juga Jonas.

Gandingan mereka ini berjaya mengembalikan peluang pasukan (Benfica) untuk mencabar kejuaraan liga selepas bermula buruk diawal liga.

# Pasukan P M S K J B +/- M
1 FC Porto 27 22 4 1 70 14 56 70
2 Benfica 27 21 5 1 71 16 55 68
3 Sporting Lisbon 27 20 5 2 53 17 36 65
4 Sporting Braga 27 20 1 6 62 24 38 61

Namun Presiden Bencfica, Luís Filipe Vieira merupakan seorang perunding terkenal yang terlibat dalam urusniaga hartanah sudah pasti tidak akan melepaskan pemain tersebut dengan nilai yang rendah.

Živković masih mempunyai baki kontrak selama tiga tahun lagi bersama Benfica dan ini menyebabkan tiada tekanan buat gergasi Lisbon itu melepaskan pemain ini dengan segera dan pada harga rendah.

Sepanjang karier beliau bersama Benfica yang disertainya pada musim 2016/17, beliau telah membuat 47 penampilan dengan empat gol dan 16 bantuan gol berjaya dihasilkan beliau.

Selain mampu beraksi pada sayap kanan, pemain ini juga berkebolehan beraksi pada sayap kiri dan juga penyerang tengah (attacking midfielder).

Berikut adalah rekod penampilan musim ini (2017/18) mengikut jaringan dan bantuan gol yang dihasilkan beliau pada posisi berbeza (penampilan musim ini 23 perlawanan bagi kesemua kejohanan).

Posisi Penampilan Gol Bantuan Gol
Sayap Kanan 7 - 2
Penyerang tengah 7 2 1
Sayap kiri 6 - 2

Post a Comment

Previous Post Next Post