Petr Cech tidak risau mengenai spekulasi membabitkan Arsene Wenger

Masa depan pengendali Arsenal, Arsene Wenger kian hangat diperkatakan lebih-lebih lagi selepas mengharungi musim ini dengan prestasi tidak menentu selain peluang untuk berada dalam empat pasukan teratas dilihat begitu sukar.



Walaupun terdapat perdebatan mengenai masa depan Wenger bersama Arsenal sama ada pengendali berusia 68 tahun ini masik layak (relevant) mengendalikan Arsenal ataupun tidak, namun ianya tidak mempengaruhi penjaga gol utama Arsenal, Petr Cech.


Beliau yang ditemuramah bersama BBC, mengakui spekulasi mengenai Wenger mungkin memberi kesan kepada sesetengah pemain dan itulah sebabnya beliau cuba mengabaikannya (spekulasi tersebut).

"Saya rasa ianya bergantung kepada setiap individu. Sebagai pemain, mungkin mereka melihat lebih banyak daripada yang lain, " kata pemain berusia 35 tahun itu.

"Saya harus mengatakan bahawa saya menumpukan pada apa yang boleh saya lakukan iaitu terhadap permainan saya, persediaan saya, latihan saya setiap hari dan membantu semua orang dalam persiapan bagi menghadapi sesebuah perlawanan."

"Sebaik sahaja anda sebagai pemain mula berfikir terlalu banyak tentang hal itu dan secara jelasnya ianya dapat mempengaruhi prestasi anda dan itu tidak akan membantu anda."

"Jadi saya cuba mengelakkan semua perkara ini tetapi sebagaimana yang saya katakan, dimana ianya adalah berbeza untuk setiap individu dan sesetengah mereka mungkin terlalu memikirkannya."

Sementara itu, laporan Express pula melaporkan dimana Cech sedikit kecewa mengenai keputusan Arsene Wenger dalam membuat keputusan (menentukan) penjaga gol dalam saingan lain (selain daripada aksi liga).

David Ospina menjadi pemain pilihan Wenger bagi saingan Liga Europa, Piala Liga (Carabao Cup) dan juga Piala FA musim ini berbanding Cech.

Tindakan Wenger ini tidak asing lagi buat peminat Arsenal yang mana menjadi kebiasaan buat Wenger untuk menurunkan barisan kedua terbaik dalam menghadapi saingan tersebut namun ianya juga bergantung kepada situasi mahupun lawan yang bakal dihadapi Arsenal.

Musim lalu, Cech beraksi pada peringkat suku akhir dan juga separuh akhir bagi saingan Piala FA ekoran kecederaan yang dialami Ospina.

Namun beliau hanya memanaskan bangku simpanan pada perlawanan akhir setelah penjaga gol kebangsaan Colombia ini kembali cergas pada perlawanan akhir yang menyaksikan Arsenal berjaya menewaskan Chelsea dengan keputusan 2-1.

Walaupun beliau mengakui sedikit kecewa mengenai keputusan Wenger dalam pemilihan (menentukan siapa) penjaga gol bagi saingan tersebut, namun beliau menegaskan dimana beliau harus menghormati keputusan yang dibuat Wenger begitu juga dengan Ospina.

"Anda harus menghormati cara pengurus anda menetapkan pasukan atau apa yang beliau rancangkan untuk musim ini," jelas Cech kepada BBC.

"Sudah tentu saya mengetahui sebagaimana musim sebelum ini bahawa David (Ospina) akan bermain dalam saingan Piala FA."

"Sudah tentu (ia mengecewakan saya), saya juga ingin bermain dalam kejohanan ini. Tetapi anda perlu menghormati keputusan pengurus."

"Saya akhirnya bermain di suku akhir dan separuh akhir dan saya tidak bermain pada peringkat akhir. Jadi saya juga mempunyai peranan dalam proses itu."

"Saya fikir ianya mengenai menghormati rakan sepasukan anda dan menghormati keputusan jurulatih anda."

"Sudah tentu anda boleh memberitahu keinginan anda namun keputusan tetap bergantung kepada jurulatih."

Nampaknya bukan sahaja peminat yang terkesan dengan situasi Wenger ketika ini, malahan pemain juga turut terkesan mengenai isu ini.


Dan kita sebagai peminat dan juga sebagai penyokong Arsenal harus sabar menantikan pengumuman mengenai masa depan Wenger sebagaimana pemain juga yang terpaksa menantikan keputusan mengenai siapakah yang bakal mengemudikan pasukan musim depan (walaupun kontrak Wenger masih berbaki setahun lagi).

Kita mungkin tidak sehaluan dalam isu Wenger, ada yang menyokong #WengerOut dan ada juga yang menyokong #WengerStay, namun kita tidak seharusnya membenci sesama kita memandangkan kita tetap menyokong pasukan yang sama.


Amat menyedihkan ketika ini apabila menyaksikan kata-kata makian dan caci-mencaci (macai memacai) sesama kita sedangkan kita menyokong pasukan yang sama.

Sudah tentu kita seharusnya menghormati pandangan dan keputusan orang lain sebagaimana kita mahukan orang lain menghormati keputusan dan pandangan kita.

Diharapakan isu Wenger ini tidak berpanjangan dan kita selaku penyokong dan peminat dapat berdebat serta berbahas dengan matang serta kita semua kembali bersatu dalam menyokong pasukan tanpa memikirkan siapakah yang anda sokong (team Wenger Out ataupun Wenger In).

Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga. #COYG

Post a Comment

Previous Post Next Post