Paolo Maldini tidak menyesal

Paolo Maldini, 49 tahun merupakan lagenda bolasepak Itali yang mana beliau juga merupakan anak kepada bekas pemain Itali yang turut digelar lagenda negara itu, Cesare Maldini mendedahkan peluang AC Milan dalam saingan liga (Serie A) dan Eropah ketika ini.



Dalam temubual bersama Premium Sport, Maldini telah menyatakan pendapat beliau mengenai peluang AC Milan dalam saingan domestik dan juga peringkat Eropah.

Selain dikenali sebagai lagenda bolasepak Itali, Maldini juga sememangnya layak digelar selaku lagenda kelab AC Milan kerana kelab tersebut merupakan satu-satunya kelab yang pernah diwakili beliau disepanjang kariernya selaku pemain bolasepak.

Ketika ditanya mengenai peluang AC Milan dalam merebut tempat ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan, Maldini merasakan bekas pasukan beliau itu masih berpeluang dan beliau yakin dengan kemampuan AC Milan ketika ini namun mereka (AC Milan) perlu menewaskan musuh tradisi mereka, Inter Milan terlebih dahulu.

Dan jika berjaya, mereka hanya dipisahkan dengan tiga mata untuk menduduki tangga keempat liga yang seterusnya melayakkan mereka untuk beraksi di saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Kedudukan Serie A
# Pasukan P M S K J:B +/- Mata
1 Juventus 27 23 2 2 65:15 50 71
2 Napoli 28 22 4 2 62:19 43 70
3 AS Roma 28 17 5 6 47:23 24 56
4 Lazio  28 16 5 7 66:36 30 53
5 Inter 27 14 10 3 42:21 21 52
6 AC Milan 27 14 5 8 38:30 8 47

Dengan permulaan liga yang sedikit sukar buat AC Milan, Maldini percaya bahawa AC Milan kini berada dilandasan yang betul untuk merebut slot ke saingan UCL musim hadapan namun pasukan itu perlu mengelakkan daripada melakukan kesilapan (tewas) dalam baki saingan liga ketika ini.

Baki saingan liga AC Milan.
Tarikh Venue Lawan Keputusan
03/03/2018
H
Inter ditangguhkan
18/03/2018
H
Chievo Verona -:-
31/03/2018
A
Juventus -:-
08/04/2018
H
Sassuolo Calcio -:-
15/04/2018
H
Napoli -:-
18/04/2018
A
Torino FC -:-
22/04/2018
H
Benevento Calcio -:-
29/04/2018
A
Bologna FC -:-
06/05/2018
H
Hellas Verona -:-
13/05/2018
A
Atalanta -:-
20/05/2018
H
Fiorentina -:-

Beliau turut mengulas mengenai prestasi AC Milan dalam saingan Liga Europa dimana beliau menyifatkan kekalahan pasukan itu kepada Arsenal pada perlawanan pertama itu merupakan sesuatu yang normal.

Menurut Maldini, skuad AC Milan masih lagi dianggap muda (kurang pengalaman) walaupun berdepan dengan pasukan (Arsenal) yang tidak begitu konsisten pada setiap perlawanan (sebelum mereka bertemu).

Namun jelas Maldini, pada saingan peringkat Eropah, mereka (pemain-pemain muda Milan) bakal berdepan dengan pemain yang jauh lebih tinggi (skill dan permainan) selain rentak permainan yang jauh berbeza.

Dan itulah yang dihadapi mereka ketika berdepan Arsenal tempoh hari dimana Arsenal berjaya mempamerkan prestasi dan corak permainan berbeza diperingkat Eropah.

Beliau turut menjelaskan lagi dimana peranan pengadil pada peringkat ini juga berbeza jika dibandingkan pada saingan domestik yang menurut beliau pengadil pada peringkat Eropah lebih tegas dan tidak begitu mudah untuk meniupkan wisel, sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh pemain-pemain AC Milan.

Dalam temubual itu juga Maldini menjelaskan bahawa beliau tidak menyesal dengan keputusan beliau untuk tidak kembali bersama AC Milan walaupun mengakui bahawa beliau begitu mencintai sukan bolasepak dan suasana kemeriahan sukan ini.

Selepas mengumumkan persaraaan, Maldini dengan jelas mengatakan bahawa beliau tidak berminat untuk kembali ke arena bolasepak (menjadi jurulatih bolasepak) dan beliau pernah menolak tawaran Carlo Ancelotti untuk menjadi pembantu (jurulatih) ketika Ancelotti menjadi pengurus Chelsea.

Arsenal bakal menerima kunjungan AC Milan pada 16 Mac ini jam 4.05 pagi bagi perlawanan kedua (timbal balik) pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa dengan Arsenal memiliki kelebihan dua gol ditempat lawan (aggregate 2-0).

Post a Comment

Previous Post Next Post