Undian suku akhir Liga Europa

Undian peringkat suku akhir kejohanan Liga Europa 2018 bakal diadakan secara langsung melalui UEFA.com DrawCentre pada Jumaat, 16 Mac bermula, 13:00CET (Central European Time) kira-kira jam 8.00 malam waktu Malaysia.



Undian ini bakal diadakan di ibu pejabat UEFA yang terletak di Nyon, Switzerland dan bakal diadakan selepas berakhirnya undian bagi saingan Liga Juara-juara Eropah akan diadakan ataupun dimulakan pada waktu/jam 12:00CET (7.00 malam waktu Malaysia).

Lapan pasukan yang berjaya mara bakal diketahui selepas berakhirnya perlawanan kedua pusingan 16.
Dan undian ini bakal menyaksikan tiada halangan untuk mana-mana kelab dari negara yang sama (dibawah persatuan bolasepak negara yang sama) untuk bertemu sesama mereka.

Pasukan pertama yang diundi bakal beraksi dilaman sendiri pada perlawanan pertama peringkat suku akhir dan anda boleh mengikuti undian ini secara langsung melalui DrawCentre serta melalui laman sosial Instagram, Facebook dan juga Twitter rasmi UEFA Europa League.

 Éric Abidal, duta UEFA Europa League bakal mengendalikan undian
Perlawanan pertama peringkat suku akhir akan bermula pada Khamis, 12 April ( waktu Eropah) dan  jadual penuh perlawanan akan dikeluarkan selepas undian ini berakhir.

Tarikh dan jadual perlawanan bagi Liga Europa:

  • Suku Akhir : 5 dan 12 April.
  • Undian Separuh Akhir : 13 April.
  • Separuh Akhir : 26 April dan 3 May.
  • Akhir : 16 Mer bertempat di Stade de Lyon, Lyon. Perancis


Kredit dan rujukan : UEFA Europa League

Post a Comment

Previous Post Next Post