"Oh, f****** hell no"

Saat dimana Alexis Sanchez menandatangani kontrak bersama Manchester United, kebanyakan penyokong dan peminat pasukan itu bagaikan itik mendapat air namun tidak bagi pemain pertahanan pasukan itu.



Marcos Rojo, 28 tahun pemain pertahanan Manchester United kelahiran Argentina bagaimana pun tidak memberikan reaksi gembira apabila diberitahu Mourinho mengenai kemasukan pemain baru iaitu Alexis Sanchez ke United.

"Oh, f****** hell no" itulah luahan ataupun reaksi Rojo apabila mengetahui Alexis Sanchez bakal menjadi rakan sepasukan beliau.

Rojo mengakui dimana beliau dan Sanchez tidak mempunyai hubungan yang baik dan sering memberi cabaran serta bersaing (secara kasar) baik diperingkat antarabangsa ketika mewakili negara masing-masing (Argentina dan Chile) mahupun diperingkat kelab ketika Sanchez masih lagi bersama Arsenal. 

"Alexis adalah pemain yang hebat, tetapi kami tidak 'mesra' ketika diatas padang, " katanya kepada TyC Sports.

"Setiap kali kami beraksi menentang satu sama lain, sama ada di peringkat antarabangsa atau ketika United bertemu Arsenal, saya akan memberikan dia satu 'sepakan yang keras' dan dia turut melakukan perkara yang sama kepada saya."

"Lagipun saya pernah mengutuk dia dan dia akan membalas kutukan itu dengan cara baik."

Memandangkan sejarah mereka berdua yang sering 'bermusuhan', Rojo mengakui reaksinya terhadap berita mengenai ketibaan Sanchez adalah jauh lebih bersifat negatif berbanding sebaliknya.

"Jadi apabila saya mengetahui bahawa dia akan menyertai United, saya berkata 'Oh, f****** hell no', kini dia akan berada di sini, " katanya.

Isu ini juga disedari oleh pengendali United, Jose Mourinho dan beliau mengambil kesempatan untuk mengusik Rojo dengan berpesan kepada pemain pertahanan itu:

"Kami akan menandatangani Alexis, saya tidak mahu kamu 'melanyak'  dia dalam latihan esok".

Jose Mourinho ketawa riang mengusik Rojo apabila dia tahu Sanchez akan menyertai pasukan itu



sumber: Daily Mail

Post a Comment

Previous Post Next Post