Peluang terakhir buat Arsenal

Menurut laporan The Sun, Jack Wilshere dikatakan memberi peluang terakhir kepada pihak Arsenal untuk memenuhi permintaannya.




Isu kontrak Wilshere yang bakal berakhir pada penghujung musim ini masih belum menemui jalan penyelesaian dengan pemain tengah berusia 26 tahun ini dikatakan kecewa dengan pihak pengurusan Arsenal yang menawarkan kontrak baru yang menyaksikan pengurangan gaji.

Dipercayai bahawa tawaran baru yang dibuat oleh pihak pengurusan Arsenal menyaksikan pengurangan hampir 25% daripada apa yang diterima beliau ketika.

Ketika ini Wilshere menerima £90,000 (mengikut sumber Total Sportek) dan jika pengurangan 25% ditawarkan dalam kontrak baru beliau, ini menyaksikan Wilshere bakal menerima sekitar £67.5k seminggu.

Pun begitu, difahamkan juga dimana tawaran baru ini turut menyaksikan Wilshere bakal menerima bonus-bonus lain (tambahan) yang akan menjadikan beliau menerima hampir £120k seminggu.

Selepas berjaya membuktikan kebolehan dan keupayaan beliau dalam penampilan yang boleh dianggap konsisten musim ini, Wilshere percaya bahawa pihak Arsenal seharusnya menawarkan kontrak baru kepada beliau dengan nilai yang sama diterima beliau ketika ini.

Laporan tersebut turut menyatakan dimana jika pihak Arsenal gagal memenuhi permintaan yang dibuat Wilshere dalam kontrak baru itu, kemungkinan beliau bakal meninggalkan Arsenal pada penghujung musim ini.

Rumors ketika ini menyaksikan bahawa dua kelab Itali iaitu Juventus dan AC Milan dikatakan berminat untuk menandatangani Wilshere manakala dua kelab Inggeris, Everton dan West Ham dilaporkan sedia menawarkan kontrak sebagaimana dipinta Wilshere.

Patutkah Arsenal memenuhi permintaan Wilshere

Ya
Kekal dengan tawaran sedia ada
Created with SurveyMaker

Post a Comment

Previous Post Next Post