Pierre-Emerick Aubameyang dedah punca mengapa beliau pilih Gabon

Dilahirkan di Laval, sebuah bandar di barat Perancis, Pierre-Emerick Aubameyang layak mewakili Perancis dan juga Sepanyol memandangkan ibunya adalah warga Sepanyol serta pernah menolak untuk mewakili skuad bawah 19 tahun Itali ketika mewakili AC Milan pada tahun 2009.



Beliau akhirnya memilih bermain bolasepak diperingkat antarabangsa untuk Gabon walaupun layak untuk mewakili Perancis, Sepanyol dan Itali (pada satu masa dahulu).

Melalui pendedahan yang dilaporkan oleh Evening Standard, penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang telah mendedahkan mengapa beliau memilih untuk bermain bolasepak diperingkat antarabangsa bersama negara Gabon.

Gabon mencapai kemerdekaan daripada Perancis pada tahun 1960 dan terletak di pantai barat Afrika Tengah dengan mempunyai jumlah penduduk kurang daripada dua juta orang.

Peta negara Gabon
Hingga ke hari ini, Gabon tidak pernah beraksi di Piala Dunia (tidak pernah layak) namun menduduki ranking ke-95 dunia (ranking FIFA) manakala Malaysia ketika ini menduduki ranking ke 178 dunia.

Dan Aubameyang setakat ini telah membuat 49 penampilan bersama Gabon serta berjaya menjaringan 19 gol, mendedahkan dimana pengaruh ayah beliau, Pierre François Aubameyang membuatkan beliau menolak peluang untuk mewakili Perancis dan memilih Gabon.

Ayah Aubameyang, Pierre François (kiri) dan Aubameyang (kanan)
"Pemain sering mengambil masa untuk mempertimbangkan pilihan mereka untuk membuat pilihan yang tepat, tetapi bagi saya pilihan itu sangat jelas," kata pemain berusia 28 tahun itu kepada laman sesawang rasmi Arsenal.

"Saya mahu mengikuti jejak langkah ayah saya. Beliau adalah kapten pasukan kebangsaan (Gabon) pada masa lalu, saya boleh memilih untuk bermain bersama Perancis atau Sepanyol,"

"Saya pernah bermain untuk pasukan bawah 21 tahun Perancis, tetapi saya menyedari dengan cepat bahawa didalam hati saya, saya ingin mengikuti jejak bapa saya."

Aubameyang bukan satu-satunya pemain antarabangsa Gabon ketika ini yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pemain Southampton, Mario Lemina dan Didier NDong (Watford) merupakan dua pemain yang ketika ini mewakili ataupun berada didalam skuad kebangsaan Gabon dengan Aubameyang merupakan kapten pasukan kebangsaan negara itu.



Kredit gambar : Paris FC dan sumber asal : Evening Standard

Post a Comment

Previous Post Next Post