Pemain muda Perancis berharap dapat mengikuti jejak langkah idola beliau.

Pada usia 21 tahun, Pierre Barremaecker masih memiliki perjalanan yang jauh dalam karier bolasepak beliau dan beliau mempunyai cita-cita untuk bermain dengan salah satu daripada enam pasukan teratas dalam Liga Perdana Inggeris.



Anda mungkin tidak pernah mendengar nama pemain ini dan ini juga tentu membuatkan anda tertanya-tanya siapakah pemain ini?

Barremaecker ketika ini mewakili kelab Perancis, Valenciennes yang beraksi dalam Liga 2 Perancis (Ligue 2) dan hanya beraksi untuk skuad simpanan kelab tersebut.

Walaupun dilihat sesuatu yang agak mustahil bagi pemain ini untuk beraksi bersama salah satu pasukan yang berada dalam enam kelompok terbaik Liga Perdana Inggeris, lebih-lebih lagi beliau hanya bermain untuk skuad simpanan kepada pasukan yang beraksi didalam Ligue 2; namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk pemain ini mencipta kejutan.

Beliau yang bercita-cita untuk mewakili Arsenal satu hari nanti menjelaskan perkara ini kepada Nord Eclair dimana beliau begitu meminati Koscielny dan Thiago Silva diatas kehebatan dan pengaruh dalam menjadi kapten pasukan.

Menurut beliau, pengaruh Vieira, Henry dan Bergkamp turut menjadi inspirasi buat beliau menaman azam dan cita-cita untuk bermain mewakili Arsenal serta berharap mampu mewakili skuad kebangsaan Perancis satu hari nanti.
My models are Koscielny and Thiago Silva, for his leader mentality. Other than that, I dream of playing in the Premier League and to wear Arsenal’s shirt, because when I started to watch football, Vieira, Henry and Bergkamp were there.
Melihat kepada apa yang terjadi kepada Laurent Koscielny, perkara ini dilihat tidak mustahil buat Barremaecker mencipta nama bersama Arsenal.

Koscielny pernah beraksi bersama pasukan yang beraksi dalam saingan Ligue 2 sebelum menyertai Arsenal
Koscielny, sebelum menyertai Arsenal pernah mewakili kelab yang beraksi didalam Ligue 2 iaitu Tours pada tahun 2007 sehingga 2009 sebelum berpindah ke Lorient (2009-2010) dan kemudiannya menyertai Arsenal pada tahun 2010.

Usia Koscielny pada ketika mewakili Tours adalah 23 tahun dan hampir sama dengan usia Barremaecker ketika ini serta beliau (Barremaecker) masih mempunyai masa untuk memantapkan diri beliau bersama kelab Ligue 2, Valenciennes.

Dan menyedari perkara ini, adalah tidak keterlaluan untuk mengatakan ianya adalah tidak mustahil buat pemain ini mengikuti jejak langkah pemain idola beliau itu (Koscielny) ditambah kesungguhan beliau untuk beraksi bersama Arsenal.

Apa pun yang mungkin, beliau perlu mempamerkan persembahan yang mantap pada masa yang tepat ketika pencari bakat sedang menilai beliau.

Ini membolehkan beliau bersama orang yang tepat untuk membantu beliau memulakan langkah awal bagi mencapai matlamat beliau.

Mungkin Gilles Grimandi dapat membantu beliau yang mana bekas pemain Arsenal ini merupakan ejen pencari bakat buat pasukan Arsenal bagi negara Perancis.

Gilles Grimandi pernah mewakili Arsenal dari tahun 1997–2002.
Gilles Grimandi merupakan pemain pertahanan Arsenal yang telah membuat 153 penampilan dengan 5 gol serta 1 bantuan gol direkodkan sepanjang karier beliau bersama Arsenal.

Selain beraksi pada posisi pertahanan tengah, beliau juga mampu beraksi pada posisi tengah (midfielder) dan juga pertahanan sayap kanan (right wingback).

Post a Comment

Previous Post Next Post