Sembang bolasepak...apa kaitan dengan Arsenal.

Berita mengenai khabar angin yang mengaitkan perpindahan Robert Lewandowski ke Real Madrid begitu hangat diperkatakan oleh media Sepanyol ketika ini.

Ianya dimulakan oleh ejen pemain tersebut, Pini Zahavi yang mendakwa bahawa penyerang Bayern Munich itu bakal berhijrah menyertai pasukan gergasi Eropah tanpa menamakan pasukan mana pada jendela perpindahan musim panas nanti.


Namun apa kaitan perpindahan beliau bersama Arsenal?

Laporan media Sepanyol, Mundo Deportivo mengatakan bahawa Zahavi telah mendakwa yang beliau telah mengadakan beberapa siri rundingan bersama kelab-kelab lain mengenai prospek perpindahan penyerang kebangsaan Poland ini dan salah satu daripada kelab yang didakwa beliau adalah Arsenal.


Namun ianya adalah sukar untuk diterima mengenai dakwa beliau itu yang mengatakan Arsenal turut berminat mendapatkan Lewandowski memandangkan Arsenal telah pun mempunyai Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Namun akhbar Sepanyol itu jelas percaya sebaliknya.

Pun begitu, jika ianya benar... sudah pasti ianya sukar buat Arsenal memandangkan pemain tersebut telah pun membuat keputusan untuk menyertai Real Madrid.

Pini Zahavi merupakan salah seorang daripada 10 ejen yang paling berpengaruh.
Robert Lewandowski mempunyai kontrak bersama Bayern Munich sehingga tahun 2021 dan dianggarkan nilai beliau ketika ini adalah melebihi €80 juta (merujuk kepada laporan penghujung tahun lepas).

Musim ini bersama Bayern Munich beliau telah membuat 37 penampilan dengan 32 gol berjaya dijaringkan beliau dan empat bantuan gol dicipta beliau bagi kesemua kejohanan.


Post a Comment

Previous Post Next Post