Seorang lagi pemain Benfica jadi sasaran Arsenal.

Selepas dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain sayap, kini Arsenal turut dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain pertahan Benfica, Ruben Dias.



Sebelum ini, Arsenal dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain sayap Benfica, Andrija Živković namun menurut laporan Correio da Manhã (akhbar Portugal), Arsenal turut dikatakan berminat untuk membawa masuk dua pemain muda kelab tersebut sebelum aksi musim depan bermula.


Selain Andrija Živković (pemain sayap), seorang lagi pemain muda yang menjadi sasaran Arsenal adalah Rúben Dias yang merupakan pemain pertahanan.


Kedua-dua pemain ini mempunyai klausa pelepasan bernilai €60 juta (£52.8 juta) dan akhbar Portugal itu juga sebelum ini mendedahkan dimana kelab tersebut dikatakan sedia melepaskan Živković dengan nilai sekitar €30 juta (£26.4 juta).

Namun laporan terbaru mengatakan dimana kelab tersebut (Benfica) sedia berunding dan dikatakan sedia melepaskan pemain pertahanan muda berusia 20 tahun itu dengan nilai sekitar €40 juta (£35 juta).

Arsenal dikatakan berminat untuk membawa Živković yang dilihat sebagai pengganti kepada Santi Cazorla yang mana kontrak pemain ini bakal berakhir dipenghujung musim ini.

Manakala Rúben Dias pula dikatakan bakal dibawa masuk Arsenal bagi menggantikan Per Mertesacker yang bakal bersara dipenghujung musim ini serta sebagai 'backup' kepada Laurent Koscielny yang sering kali mengalami kecederaan pada musim ini (achilles - buku lali).

Menurut laporan itu, pihak Arsenal telah menghantar ejen pencari bakat untuk menilai dan memantau prestasi pemain tersebut.

Benfica berharap mereka mampu melepaskan (jual) Ruben Dias pada harga yang lebih tinggi daripada apa yang mereka dapat ketika melepaskan Victor Lindelöf kepada Manchester United pada musim panas lalu dengan nilai €35 juta.

Ruben Dias merupakan pemain pertahanan tengah, setakat ini telah menjaringkan empat gol dalam 24 penampilan (musim ini) bagi kesemua kejohanan yang disertai beliau bersama Benfica.

Beliau merupakan pemain yang dilahirkan daripada akademi kelab Estrela da Amadora (2005) sebelum menyertai Benfica pada tahun 2008.

Dan laporan daripada akhbar itu juga melaporkan bahawa pemain tersebut (Dias) bakal meninggalkan kelab tersebut dalam masa terdekat menjelang jendela perpindahan musim panas nanti.

Dengan klausa pelepasan bernilai €60juta serta dakwaan laporan tersebut yang mengatakan Benfica sedia melepaskan pemain ini dengan nilai perpindahan sekitar €40 juta ianya dilihat agak realistik dan kini kita hanya mampu melihat adakah Arsenal bersungguh-sungguh dalam mendapatkan pemain ini ataupun ianya sekadar tugasan pencari bakat semata-mata.



INFO RINGKAS:
  • Nama: Ruben Dias
  • Umur : 20 tahun
  • Tarikh Lahir: 14 Mei 1997
  • Tinggi : 1.87meter
  • Ejen : Gestifute
Ejen beliau, Gestifute dipimpin oleh oleh Jorge Paulo Agostinho Mendes (Jorge Mendes) yang merupakan individu kedua paling hebat dalam industri ini (ejen pemain) dengan memiliki ramai pemain bertaraf dunia sebagai 'client' mereka.

Antara pemain yang berada dibawah naungan Gestifute adalah seperti Cristiano Ronaldo, Angel Di Maria, James Rodriguez, Diego Costa, Bernardo Silva dan juga Ederson serta Nicolás Otamendi.

Manakala pengurus pasukan yang berada dibawah naungan syarikat ini adalah Jose Mourinho.

Anda boleh membaca : 5 Individu terhebat dalam (sebagai) ejen pemain untuk mengetahui lebih lanjut mengenai mereka ini.

REKOD PENAMPILAN RUBEN DIAS


Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol Kad Kuning Kad Merah (2 kad kuning) Kad Merah
Liga NOS (Liga Utama Portugal) 17 3 - 3 - -
UEFA Champions League (liga Juara-Juara) 2 - - 1 - -
Ledman Liga Pro (Division 2 Liga Portugal) 55 - 2 19 1 1
UEFA Youth League 14 - - 1 - 1
Taça CTT (Piala Domestik) 3 1 - - - -
Taça de Portugal Placard (Piala Domestik) 1 - - - - -
JUMLAH 92 4 2 24 1 2

Post a Comment

Previous Post Next Post