Pemain pertahanan yang mahu dibawa masuk oleh Sven Mislintat ke Arsenal

Sven Mislintat. Kredit gambar : Clock End Talk

Sven Mislintat dilantik menjadi ketua pemantau ataupun pengambilan pemain baru (chief scout / recruitment) Arsenal pada November 2017, selepas 10 tahun beliau berkhidmat bersama kelab Jerman, Borussia Dortmund.



Penyertaan beliau bersama Arsenal setakat ini telah menyaksikan Arsenal berjaya membawa masuk dua pemain ternama, Pierre-Emerick Aubameyan dan juga Henrikh Mkhitaryan.

Dan penyertaan Mislintat ini juga memberi harapan kepada peminat dan penyokong Arsenal untuk melihat lebih banyak 'keajaiban' yang bakal dilakukan beliau bersama Arsenal sebagaimana beliau melakukannya ketika bersama Dortmund dahulu.

Ketika bersama Dortmund, beliau telah berjaya menemui 'permata' bolasepak yang tidak ditemui oleh pasukan lain ketika itu, seterusnya memberikan beliau gelaran 'diamond eye'.

Shinji Kagawa, Mats Hummels dan Robert Lewandowski antara pemain yang paling menyerlah ataupun yang paling mencuri tumpuan dan dikenali dipentas bolasepak dunia, merupakan antara permata yang berjaya ditemui oleh Mislintat.

Antara pemain lain yang turut ditemui Mislintat adalah 'Kuba' ataupun nama sebenarnya Jakub Blaszczykowski, pemain sayap kelahiran Poland yang dibawa masuk Mislintat ke Dormund daripada kelab Wisła Kraków (tanpa didedahkan nilai perpindahan).

Itu cuma sebahagian daripada senarai pemain yang ditemui dan berjaya mencipta nama hasil sentuhan Mistlintat sebelum ini. Walaupun terdapat ramai lagi pemain yang ditemui Mislintat ketika bersama Dortund, namun bersama Arsenal beliau masih belum membuktikan bakat sebenar beliau - the diamond eye.

Sebelum menyertai Arsenal, Bayern Munich cuba untuk mendapatkan beliau namun Mislintat lebih teruja untuk bersama Arsenal berbanding kelab Jerman itu.

Bersama Arsenal, walaupun berjaya membawa masuk Aubameyang dan Mkhitaryan, namun ini bukanlah sesuatu yang boleh dianggap penemuan terbaik beliau bersama Arsenal.

Kedua-dua pemain ini boleh dikatakan hasil yang terdahulu dan bukanlah keajaiban sebenar yang diharapkan setelah beliau menyertai Arsenal.



Melihat daripada sejarah kehebatan beliau, penemuan dan penjualan pemain Barcelona (ketika ini), Ousmane Dembele merupakan antara yang terbaik dari sudut ekonomi yang berjaya dilakukan oleh ketua pengambilan pemain (head of recruitment) Arsenal ini ketika bersama Dortmund dahulu.

Dan mungkin faktor tersebut menyebabkan beliau dilantik menjadi head of recruitment baru Arsenal menggantikan Steve Rowley dan difahamkan tugas utama beliau bersama Arsenal adalah untuk membantu pasukan dalam mencari (membekalkan) bakat-bakat muda diseluruh dunia kepada Arsenal.

Mavropanos, 20 tahun merupakan pemain pertama yang dibawa masuk Mislintat ke Arsenal semenjak menjadi ketua pengambilan. Kredit gambar: Goal
Mungkin pemain pertama yang dibawa masuk Mislintat ke Arsenal iaitu Konstantinos Mavropanos mampu mengikuti jejak langkah pemain-pemain yang ditemui beliau sebelum ini.

Pemain ini, walaupun pada awalnya (saat Mavropanos menyertai Arsenal), Wenger pernah mengatakan bahawa bakal meminjamkan (loan out) pemain ini, namun setelah melihat aksi Mavropanos ketika menjalani latihan, Wenger kemudiannya menukarkan keputusan beliau untuk mengekalkan pemain ini bersama Arsenal.

Mungkin musim depan merupakan musim penampilan beliau (Mavropanos) bersama Arsenal setelah barisan pertahanan Arsenal kehilangan Per Mertesacker yang bakal bersara dan menjadi jurulatih skuad akademi Arsenal.

Pun begitu, Mislintat dikatakan mahu membawa masuk seorang lagi pemain pertahanan sebagaimana laporan yang didedahkan oleh Daily Mail.



Pemain pertahanan tengah kelab Freiburg, Caglar Soyuncu disifatkan Mislintat sebagai pemain yang memiliki bakat dan kebolehan sama seperti pemain pertahanan Jerman, Matt Hummels; dilaporkan mahu dibawa masuk Mislintat ke Arsenal musim depan.

Caglar Soyuncu (kiri) pemain yang mahu dibawa masuk Mislintat ke Arsenal musim depan.
Kredit gambar: Football London.
Beliau dilahirkan di Turki dan kini beraksi bersama skuad Freiburg yang disertai beliau pada tahun 2016, telah membuat 50 penampilan dengan satu gol dan satu bantuan gol sepanjang karier beliau bersama kelab Jerman itu bagi kesemua kejohanan.

Berusia 21 tahun, Soyuncu turut mewakili skuad kebangsaan Turki semenjak tahun 2016 dan beliau telah membuat 13 penampilan bersama skuad kebangsaan negara itu.

Selain Arsenal, Manchester (City dan United), Liverpool dan AS Roma turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain ini.

Dan menurut laporan Daily Mail itu tadi, Arsenal kini dikatakan sedang berunding dengan wakil pemain tersebut bagi perpindahan musim panas nanti.

Pun begitu, Freiburg dikatakan tidak berminat ataupun berhajat untuk melepaskan bakat muda meraka itu.

Namun dengan penilaian (nilai anggaran pemain) yang dibuat mereka terhadap Soyuncu adalah sekitar £30 juta, mungkin keputusan tersebut bakal berubah seandainya mana-mana kelab mampu menawarkan jumlah tersebut kepada mereka (Freiburg).

Terdahulu, Freiburg berjaya menewaskan Sevilla dan Besiktas ketika mendapatkan Soyuncu daripada kelab divison dua Liga Turki, Altinordu dengan nilai sebanyak £2.4 juta pada tahun 2016.

Walaupun Soyuncu bermula dengan tidak begitu baik di awal penyertaan beliau bersama Freiburg (kerana gagal mengimbangi dan menyesuaikan diri dengan corak permainan dan intensity liga Jerman) namun kini, beliau merupakan antara pemain paling konsisten dalam liga Jerman (Bundesliga) serta antara pertahan terbaik liga itu.

Info Ringkas Soyuncu
  • Tarikh lahir : 23 Mei 1996
  • Umur : 21 tahun
  • Warganegara : Turki
  • Tinggi : 1.87 meter
Antara kelebihan pemain yang memiliki ketinggian 1.87 meter ini adalah beliau mampu membaca perlawanan dan pergerakan pihak lawan dengan baik disamping kekuatan dan kelebihan yang dimiliki beliau ketika mencabar bola tinggi serta kelajuan beliau dalam melakukan proses 'recovery'.

Mampukah Mislintat mencipta keajaiban bersama Arsenal?


Post a Comment

Previous Post Next Post