![]() |
Kredit gambar : Youtube. |
Menurut laporan terkini daripada akhbar sukan Tuttosport yang berpusat di Turin, terdapat dua alasan utama disebalik keputusan Thomas Tuchel menolak tawaran Bayern Munich.
Dan dua alasan utama mengenai tindakan Tuchel yang menolak tawaran Bayern Munich ini dipetik daripada laporan Calciomercato dan Bayern Munich dijangkakan dapat menandatangani Tuchel bagi membimbing pasukan mereka bermula Julai ini (namun akhirnya gagal).
Pertama, bekas pengedali pasukan FSV Mainz 05 dan Borussia Dortmund itu dilaporkan begitu kecewa dengan tindakan Karl-Heinz Rummenigge yang melantik Jupp Heynckes sebagai pengendali pasukan tersebut selepas mereka memecat Carlo Ancelotti pada September 2017.
Pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge. Kredit gambar : Talking Baws |
Beliau percaya jika mereka (Bayern Munich) benar-benar mahukan beliau, mereka sepatutnya melantik beliau berbanding Jupp Heynckes selepas pemecatan Ancelotti.
![]() |
Jupp Heynckes, 72 tahun merupakan pengendali sementara Bayern Munich bagi musim ini (2017/18) ekoran pemecatan Ancelotti. Kredit gambar : 90min |
Keduanya, pengendali berusia 44 tahun itu dilaporkan tidak begitu yakin dengan perancangan semula kelab bolasepak tersebut dari segi strategi jangka panjangnya untuk terus berjaya dalam tahun-tahun mendatang serta strategi perpindahan yang dikemukakan oleh Pengarah Sukan, Hasan Salihamidžić.
Hasan Salihamidžić dilantik menjadi Pengarah Sukan kelab Bayern Munich pada Julai 2017.
Kredit gambar : Zimbio
|
Polisi perpindahan pemain yang diperkenalkan oleh Hasan Salihamidžić bersama Bayern Munich menekankan kepada perbelanjaan berhemah disamping membentuk pemain muda bagi mengatasi nilai (kos) perpindahan yang semakin meningkat.
Rekod bayaran yang dikeluarkan oleh Bayern Munich bagi pembelian dan pinjaman pemain bagi musim ini adalah seperti berikut:
Rekod bayaran yang dikeluarkan oleh Bayern Munich bagi pembelian dan pinjaman pemain bagi musim ini adalah seperti berikut:
Bil | Pos. | Pemain | Dari | Jenis Perpindahan | Nilai Bayaran |
---|---|---|---|---|---|
1 | FW | Sandro Wagner | 1899 Hoffenheim | Belian | £11.7 juta |
2 | DF | Niklas Süle | 1899 Hoffenheim | Belian | £18 juta |
3 | MF | James Rodríguez | Real Madrid | Pinjaman | £11.7 juta |
4 | MF | Sebastian Rudy | 1899 Hoffenheim | Belian | 0 |
5 | DF | Felix Götze | Bayern Munich U19 | Dari skuad akademi | 0 |
6 | GK | Tom Starke | Free agent | Perpindahan percuma | 0 |
7 | MF | Corentin Tolisso | Lyon | Belian | £37.35 juta |
8 | MF | Kingsley Coman | Juventus | Belian | £18.90 juta |
9 | DF | Marco Friedl | Bayern Munich U19 | Dari skuad akademi | 0 |
10 | GK | Christian Früchtl | Bayern Munich U19 | Dari skuad akademi | 0 |
11 | MF | Serge Gnabry | Werder Bremen | Belian | £7.2 juta |
JUMLAH | £104.85 juta |
Dan jumlah tersebut (£104.85) yang dikeluarkan Bayern musim ini hanya dibezakan lebih kurang dua juta daripada apa yang dibelanjakan Arsenal musim ini iaitu sebanyak £106.97.