![]() |
Kredit gambar : Forza Italian Football |
Arsenal dilaporkan telah menghantar 'scouts' mereka bagi menilai dua pemain Napoli menurut laporan.
Bulan lalu Express telah melaporkan dimana Arsenal telah menghantar pencari bakat mereka untuk menilai dan memerhatikan dua pemain Napoli iaitu Lorenzo Insigne dan Kalidou Koulibaly.
Arsenal scout Napoli duo in preparation for summer transfer swoop. - Express Feb 16, 2018.
Laporan Express itu berdasarkan sumber daripada media Itali, Calcio Mercato yang mendedahkan mengenai kehadiran wakil Arsenal yang memerhati dan menilai dua pemain Napoli itu pada perlawanan Liga Europa diantara Napoli menentang Red Bull Leipzig yang berkesudahan Napoli menang 2-0 (namun Leipzig layak secara aggregate dan gol ditempat ditempat lawan apabila keputusan penuh secara aggregate terikat 3-3).
Dua pemain Napoli itu Lorenzo Insigne (penyerang) dan Kalidou Koulibaly (pertahanan) dikatakan menjadi sasaran Arsenal dan kehadiran scout Arsenal itu bagi menilai potensi pemain tersebut bagi prospek perpindahan musim panas nanti.
Dua pemain Napoli itu Lorenzo Insigne (penyerang) dan Kalidou Koulibaly (pertahanan) dikatakan menjadi sasaran Arsenal dan kehadiran scout Arsenal itu bagi menilai potensi pemain tersebut bagi prospek perpindahan musim panas nanti.
Siapa Lorenzo Insigne dan Kalidou Koulibaly?
Lorenzo Insigne merupakan pemain sayap menyerang kiri atau sayap kiri (attacking midfielder/ left wing) yang juga mampu beraksi pada posisi penyerang.
![]() |
Lorenzo Insigne. Kredit gambar: Independent. |
Berusia 26 tahun, pemain kelahiran Itali ini memulakan karier bolasepak beliau bersama Napoli semenjak berusia 15 tahun lagi apabila menyertai akademi Napoli pada tahun 2006.
Dan pada 2009, beliau digelar pemain profesional apabila menandatangani kontrak profesional pertama beliau bersama Napoli setelah mencapai umur 18 tahun.
Debut pertama selaku pemain profesional pula adalah pada tahun 2010 ketika Napoli menentang Livorno yang berkesudahan Napoli menang 2-0 namun Lorenzo hanya sempat beraksi seminit sahaja apabila dimasukkan pada minit-minit akhir perlawanan.
Tahun itu juga menyaksikan beliau dilepaskan (dijual) kepada Foggia dengan hak pegangan bersama diantara dua kelab itu dan tahun berikutnya menyaksikan beliau kembali kepada Napoli namun sekali lagi beliau lagi dilepaskan oleh Napoli kepada kelab Pescara.
Cuma kali ini pemergian beliau keluar daripada Napoli berdasarkan pinjaman kepada Pescara yang beraksi dalam saingan Serie B.
Bersama Pescara, beliau mencipta kejutan apabila berjaya menjadi antara penjaring terbanyak (dengan 18 gol) bagi Serie B musim itu (2011/12) disamping berjaya membantu Pescara muncul juara Serie B.
Tahun 2012 beliau kembali ke Napoli dan berjaya membuat 43 penampilan dengan lima gol dan sembilan bantuan gol berjaya direkodkan beliau untuk musim pertama beliau beraksi bersama skuad utama Napoli (musim 2012/13).
Setakat ini bersama Napoli, beliau telah membuat 255 penampilan dengan 62 gol dan 60 bantuan gol berjaya dihasilkan beliau dalam kesemua kejohanan manakala bersama skuad kebangsaan Itali pula, beliau telah membuat 23 penampilan dengan empat gol dan dua bantuan gol direkodkan beliau.
Bagi rekod beliau musim ini pula, 39 penampilan dengan 13 gol dan 11 bantuan gol berjaya dihasilkan dengan 38 penampilan beraksi pada sayap kiri dan kesemua gol dan bantuan gol itu tadi dijaringkan beliau pada posisi tersebut.
Kontrak beliau bersama Napoli bakal berakhir pada tahun 2022 dengan nilai pasaran (semasa) pemain ini dianggarkan bernilai £35 juta.
Rekod kecederaan
Musim | Jenis Kecederaan | Jumlah Hari | Jumlah Perlawanan Terlepas |
---|---|---|---|
17/18 | Muscle fatigue | 9 | 3 |
17/18 | Muscle fatigue | 4 | 2 |
15/16 | Muscle fatigue | 3 | 1 |
15/16 | Knee injury | 10 | - |
14/15 | Cruciate Ligament Rupture | 131 | 27 |
12/13 | Distortion of the ankle | 6 | - |
JUMLAH | 163 | 33 |
![]() |
Kalidou Koulibaly. Kredit gambar: Express |
Sementara Koulibaly pula merupakan pemain pertahanan Napoli yang berasal daripada negara Perancis, juga berusia 26 tahun.
Bermain pada posisi pertahanan tengah (centre back), beliau menyertai Napoli pada tahun 2014 daripada kelab Belgium, Genk dengan nilai perpindahan sekitar £6.5 juta.
Walaupun dilahirkan di Perancis namun beliau memilih untuk mewakili pasukan kebangsaan Segenal yang mana ibubapa beliau merupakan warganegara Perancis kelahiran Senegal.
Semenjak menyertai Napoli, beliau telah membuat 157 penampilan dengan tujuh gol dan lima bantuan gol bagi kesemua kejohanan.
Dan beliau yang mempunyai ketinggian 1.87 meter dilaporkan menjadi salah seorang pemain pertahanan yang paling dikehendaki ketika ini di Eropah.
Selain Arsenal, Chelsea dan Manchester City turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain ini namun dengan nilai pasaran bagi pemain ini dianggarkan sekitar £40 - £50 juta mungkin menyukarkan Arsenal untuk mendapatkan beliau.
Kontrak beliau bersama Napoli bakal berakhir pada tahun 2021.
Kontrak beliau bersama Napoli bakal berakhir pada tahun 2021.
Rekod penampilan beliau musim ini bersama Napoli
Saingan | Penampilan | Gol | Bantuan Gol |
---|---|---|---|
Serie A | 28 | 4 | 1 |
Champions League | 5 | - | - |
Champions League Qualification | 2 | - | - |
Coppa Italia | 2 | - | - |
Europa League | 1 | - | - |
JUMLAH | 38 | 4 | 1 |
Rekod Kecederaan
Musim | Jenis Kecederaan | Jumlah Hari | Jumlah Perlawanan Terlepas |
---|---|---|---|
16/17 | Sideband strain in the knee | 15 | 3 |
14/15 | Wound | 7 | 2 |
11/12 | Metatarsal fracture | 44 | 7 |
JUMLAH | 66 | 12 |
Kalidou Koulibaly vs Laurent Koscielny
Kalidou Koulibaly | Laurent Koscielny | |
---|---|---|
Interception | 30 | 55 |
Blocks | 11 | 15 |
Clearances | 99 | 130 |
Defensive Error | 1 | 3 |
Errors Leading to goal | 1 | 1 |
Tackle Won | 36 | 21 |
Successful Passes | 2255 | 1449 |
*Data perbandingan (diatas) diambil berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh Squawka