Pendedahan wartawan Jerman mengenai Alexis Sanchez yang dibenci

Semenjak menyertai Manchester United, Sanchez dilihat gagal memberi sebarang impak kepada pasukan tersebut dan terbaru dalam aksi saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang turut menyaksikan pasukan tersebut tersingkir daripada kejohanan itu setelah tewas 1-2 kepada Sevilla.


Pada perlawanan tersebut (menentang Sevilla), prestasi dan persembahan Sanchez menerima kritikan hebat daripada peminat United dan juga daripada pemerhati bolasepak. 

Namun persembahan buruk daripada Sanchez itu bagaimanapun memberi peluang buat peminat Arsenal untuk 'membalas' perbuatan Sanchez yang meninggalkan Arsenal demi 'kejayaan' yang dikejar beliau.

Peluang tersebut juga akhirnya menyebabkan kisah sebenar Alexis Sanchez bersama Arsenal terbongkar.

Wartawan Jerman, Raphael Honigstein yang kini dalam fasa menyiapkan autobiografi terbaru Per Mertersacker mendedahkan dimana perpindahan Sanchez ke Manchester United telah banyak memberi ketenangan dan kelegaan dikalangan pemain-pemain Arsenal.

Raphael Honigstein
Melalui pendedahan itu, kisah mengenai perselisihan antara Alexis Sánchez dan rakan sepasukan ketika pemain itu masih bersama Arsenal diceritakan dan boleh dianggap bahawa kesemua pemain Arsenal tidak begitu menggemari pemain kebangsaan Chile ini yang disifatkan cukup pandai berlakon.

Selepas gagal dalam usaha untuk berpindah pada awal musim (dengan dikaitkan perpindahan menyertai Man.City), Sánchez kekal bersama Arsenal untuk separuh musim bagi musim 2017/18 sebelum menyertai Manchester United pada Januari lalu.

Dan keinginan kuat Sanchez untuk meninggalkan Arsenal membuatkan ataupun mencetuskan suasana tidak harmoni didalam bilik persalinan Arsenal dengan rata-rata pemain tidak menyukai beliau. 

Begitupun perpindahan Sanchez pada Januari telah memberikan kelegaan buat pemain-pemain Arsenal sebagaimana pendedahan yang dibuat oleh Honigstein kepada podcast Totally Football Show.

Berikut adalah petikan kata-kata Raphael Honigstein dalam temubual yang dijalankan bersama Totally Football Show.
"It has become a bit of a joke to laugh at Arsenal because they made the noise 'finally we got rid of Alexis Sanchez' It’s been under-reported just how badly the whole Arsenal dressing room hated Alexis Sanchez."
"They really felt that he was just playing up to the camera doing all these things like ‘Oh I’m trying but nobody else is! What am I doing here?"
"Arsenal would put up stats inside the dressing room last year after every game showing the amount of kilometres run, the passing, and Sanchez would regularly come out with the lowest mileage run of any player in the team by a big distance."
"The players would just go absolutely bananas at him playing to the camera and making all these moves like ‘Oh, they’re just not worthy of me! What am I doing here?" 
"Whether they have improved as a team is a different story but I think it is a happier dressing room." 
Pemain berusia 29 tahun itu, setakat ini telah membuat permulaan yang 'mantap' bersama United dengan hanya berjaya menjaringkan satu gol dalam sembilan penampilan setakat ini.

Manakala Henrikh Mkhitaryan yang menyertai Arsenal dalam perpindahan pertukaran pemain, sebaliknya berjaya mempamerkan aksi yang jauh lebih mantap berbanding Sanchez.

Post a Comment

Previous Post Next Post