Arsenal sedia berbelanja besar bagi pengganti Petr Cech.

Laporan daripada Sepanyol (AS) mendedahkan dimana Arsenal terpaksa memecahkan rekod perpindahan kelab jika mahukan penjaga gol Atlético Madrid, Jan Oblak pada musim panas ini.



Arsenal ketika ini hangat diperkatakan sedang mencari pengganti kepada penjaga gol utama, Petr Čech dalam usaha memantapkan pasukan bagi menghadapi saingan musim depan.

Walaupun masih mempunyai seorang lagi penjaga gol bertaraf dunia iaitu David Ospina, namun aksi daripada penjaga gol kebangsaan Colombia itu gagal menandingi Cech yang masih lagi menjadi pilihan Arsene Wenger ketika ini.

Ospina gagal untuk menjadi No.1 Arsenal ketika ini.
Menurut laporan media Sepanyol itu, Arsenal dikatakan sedia mengeluarkan belanja kira-kira €100 juta (£88 juta) bagi mendapatkan penjaga gol kebangsaan Slovenia yang kini beraksi bersama Atlético Madrid.

Jan Oblak, 25 tahun masih mempunyai kontrak sehingga Jun 2021 bersama kelab Sepanyol itu dan dikatakan menjadi pilihan utama Arsenal bagi menggantikan Cech namun Arsenal dikatakan sanggup untuk menebus kontrak pemain ini dengan membayar klausa pelepasan (release clause) yang bernilai  €100 juta (£88 juta).

Walaupun Oblak dikatakan sudi berpindah ke Liga Inggeris dan menyertai Arsenal, namun beliau dikatakan mahu melihat terlebih dahulu peluang Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Selain itu juga, beliau turut mahu mendapat kepastian terlebih mengenai siapakah pengurus yang bakal mengemudikan pasukan Arsenal musim depan sebelum membuat keputusan untuk menyertai pasukan The Gunners ini.

Pun begitu, Arsenal juga bakal bersaing dengan Liverpool bagi mendapatkan khidmat penjaga gol ini kerana pasukan itu juga dilaporkan berminat mendapatkan Oblak sebagaimana laporan daripada Daily Mail.

Sebelum ini juga, kedua-dua pasukan dilaporkan (baca disini) turut dikatakan bersaing untuk mendapatkan penjaga gol kebangsaan England, Jack Butland. 
Liverpool 'battle Arsenal to sign €100m Atletico goalkeeper Jan Oblak' - Reds gossip

Post a Comment

Previous Post Next Post