Bintang baru Arsenal 'arah' pengurusan kelab mengenai pembelian pemain baru

Kredit gambar: Independent

Pierre-Emerick Aubameyang walaupun baru sahaja menyertai Arsenal tahun ini, namun beliau  dilihat mempunyai sedikit pengaruh dalam membabitkan keputusan dan rancangan kelab (Arsenal).



Ini berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh Don Balon (majalah sukan Sepanyol yang memfokuskan bolasepak Sepanyol dan antarabangsa), yang mendakwa penyerang tersebut telah menasihati pihak pengurusan Arsenal dan secara spesifik telah menamakan pemain baru yang perlu dibawa (dibeli) pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Don Balon, majalah sukan diasaskan pada tahun 1975 dan berpusat di Barcelona.
Kredit gambar : Soccer Nostalgia.
Pemain yang dimaksudkan itu merupakan bekas rakan sepasukan beliau ketika bersama kelab Jerman, Borussia Dortmund iaitu Ousmane Dembele yang kini bersama Barcelona.

Dembele tidak lagi diperlukan oleh Barcelona setelah mereka berjaya mendapatkan Griezmann.
Kredit gambar: Goal.
Anda boleh membaca kisah selanjutnya mengenai Dembele yang pernah kami terbitkan sebelum ini disini (klik).

Mengikut Don Balon, Dembele dikatakan bakal dilepaskan Barcelona pada musim panas nanti setelah mereka berjaya mendapatkan seorang lagi penyerang Perancis, Antoine Griezmann.

Dembele, 20 tahun merupakan penyerang kelahiran Perancis yang menyertai Barcelona pada awal musim ini dengan perpindahan yang dipercayai sekitar €105 juta, namun dengan kehadiran Griezmann, khidmat beliau tidak lagi diperlukan Barcelona.

Menurut laporan tersebut, Dembele dikatakan mempunyai tiga pilihan (pasukan) yang bakal disertai beliau (seandainya dilepaskan Barcelona) dengan salah satu desstinasinya adalah Arsenal.

Laporan itu juga menyebut dimana Aubameyang telah meminta pihak pengurusan Arsenal untuk mendapatkan bekas rakan sepasukannya itu (ketika di Dortmund) pada jendela perpindahan nanti.

Gandingan Dembele dan Aubameyang pernah mencetuskan rasa gerun pihak  ketika bersama Dortmund.
Kredit gambar : Twitter Squawka
Walaupun laporan tersebut tidak mendedahkan nilai sebenar yang dimahukan Barcelona bagi melepaskan pemain itu (Dembele), namun salah satu destinasi lagi yang mungkin bakal berlaku adalah pertukaran pemain diantara dua kelab tersebut ( Atletico Madrid : Griezmann → Barcelona : Dembele).
Una de las opciones que tiene Dembélé para dejar el Camp Nou el verano que viene pasa por marcharse al Atlético de Madrid. La entidad azulgrana pretende incluir su cesión para reducir los 100 millones de euros de la cláusula de rescisión de Griezmann y el técnico rojiblanco, el Cholo Simeone, no perdería de esta manera potencial en ataque. Por otro lado, el que fuera su compañero en el Borussia Dortmund, el gabonés Pierre-Emerick Aubameyang, ya le ha pedido al Arsenal que trate de hacerse con su fichaje para acompañarlo en el ataque del conjunto gunner. - Don Balon.

Google translate : One of the options that Dembélé has to leave the Camp Nou next summer is to move to Atlético de Madrid. The Catalan entity intends to include his transfer to reduce the 100 million euros of the clause of rescission of Griezmann and the Atletico coach, Cholo Simeone, would not lose in this potential way in attack. On the other hand, who was his partner at Borussia Dortmund, the Gabonese Pierre-Emerick Aubameyang, has already asked Arsenal to try to take his signing to accompany him in the attack of the gunner.

Dengan Arsene Wenger hanya tinggal setahun lagi kontrak beliau bersama Arsenal dan barisan pentadbiran Arsenal kini memiliki individu-individu yang berpengaruh dalam melakukan urusan pembelian mahupun penjualan pemain, mampukah Aubameyang menyakinkan pihak pengurusan Arsenal untuk mendapatkan Dembele?

Walaupun laporan Dan Balon itu melaporkan dimana Aubameyang telah meminta pihak pengurusan untuk membeli ataupun mendapatkan Dembele, namun kami percaya bahawa ianya adalah sesuatu yang mustahil buat pemain tersebut bertindak demikian.

Dan jika ianya benar sekali pun, sudah pasti pihak pengurusan tidak akan bertindak mengikut 'arahan' pemain.

Post a Comment

Previous Post Next Post