Teka-teki Mohamed Elyounoussi

Mohamed Elyounoussi. Kredit gambar : Zimbio

Penyerang Basel, Mohamed Elyounoussi membuatkan peminat-peminat bolasepak khususnya peminat Arsenal tertanya-tanya mengenai kelab manakah yang dikatakan berminat mendapatkan khidmat beliau.



Pemain serba boleh ini dikatakan menjadi sasaran beberapa kelab ternama musim ini selepas berjaya mempamerkan aksi yang cukup mengagumkan untuk pasukan Basel terutamanya dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Arsenal dilaporkan antara pasukan yang berminat untuk mendapatkan pemain berusia 23 tahun ini dan dalam pendedahan yang dibuat oleh Football 365, pemain ini seolah-olah membuat peminat tertanya-tanya pasukan manakah yang akan diwakili beliau musim depan.

"Ianya merupakan sebuah kelab yang kebiasaannya berada di dalam kelompok empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris yang mana mereka telah lama memerhatikan perkembangan saya,"

"Saya mendapat tahu bahawa mereka telah meningkatkan minat mereka selepas apa yang berlaku pada saingan Liga Juara-Juara,"

"Adakah Arsenal? Saya tidak boleh komen, tetapi ia adalah kelab yang semua orang tahu dengan sejarah yang panjang. Sebuah kelab besar yang telah memerhatikan saya beberapa kali sebelum ini, tetapi kini mereka telah meningkatkan lagi minat mereka terhadap saya."

"Memang ianya hebat dimana kelab besar menunjukkan minat terhadap saya, namun saya tahu kelab yang besar begitu sudah pasti mempunyai ramai pemain dalam radar mereka."

"Basel tidak akan akan melayan mana-mana pasukan yang menawarkan kurang dari £13juta untuk saya. Mereka akan hanya memulakan perbincangan jika tawaran lebih tinggi daripada itu."

"Terdapat perbezaan di antara Bundesliga dan Liga Perdana. Sekiranya kelab Inggeris datang untuk saya, Basel boleh menerima tawaran untuk berunding pada nilai £18 juta. "




Siapakah sebenarnya Mohamed Elyounoussi ?

Mohamed Elyounoussi, 23 tahun merupakan pemain bolasepak kelahiran campuran Maghribi dan Norway dan boleh beraksi pada pelbagai posisi seperti sayap (left wing, left midfielder dan right midfileder) dan attacking midfielder serta mampu beraksi pada posisi  penyerang (secondary striker) untuk kelab Basel di Liga Super Switzerland serta mewakili pasukan kebangsaan Norway.

Beliau mula beraksi pada Liga Super Switzerland apabila menyertai FC Basel pada 6 Julai 2016  daripada kelab Norway, Molde FK dan menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Switzerland tersebut.

Penampilan pertama beliau bersama FC Basel adalah pada 24 Julai ketika membantu pasukan tersebut mencapai kemenangan 3-0 keatas Sion, manakala gol pertama beliau bersama pasukan tersebut hadir seminggu kemudian (31 Julai) apabila menjaringkan satu gol dalam perlawanan yang berkesudahan Basel menang besar (5-1) keatas Vaduz.

Pada perlawanan tersebut, beliau turut menyumbang satu bantuan gol ketika membantu Marc Janko menjaringkan gol pembukaan Basel. 

4 Februari 2017, beliau telah menjaringkan hatrik pertama beliau untuk kelab tersebut ketika menentang Lugano dan tiga gol tersebut daripada beliau merupakan rekod baru buat pasukan Basel dimana tiga gol tersebut berjaya dijaringkan dalam tempoh 36 minit pertama perlawanan dan perlawanan tersebut berkesudahan Basel menang 4-0.

Bersama Basel, beliau telah memenangi kejuaraan Liga Super Switzerland dan juga Piala Switzerland (League Cup) pada musim pertama beliau mewakili kelab tersebut.

Rekod Penampilan Bersama Basel 
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol
2016/17
Super League 32 10 13
Swiss Cup 5 - -
Liga Juara-Juara Eropah 3 - -
JUMLAH 40 10 13
2017/18
Super League 23 5 11
Swiss Cup 3 - -
Liga Juara-Juara Eropah 8 2 2
JUMLAH 34 7 13

Rekod Jaringan Gol Pada Posisi
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol
2017/18
Attacking Midfield 15 5 9
Left Wing 9 2 2
Left Midfield 7 - 2
Centre-Forward 1 - -
JUMLAH 32 7 13
2016/17
Right Midfield 19 6 9
Left Midfield 12 3 3
Left Wing 3 1 -
Attacking Midfield 3 - 1
Secondary Striker 1 - -
JUMLAH 38 10 13

Post a Comment

Previous Post Next Post