UEFA perkemaskan lagi syarat-syarat kejohanan

Kredit gambar : UEFA

UEFA hari ini telah mengumumkan perubahan syarat-syarat untuk kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League) dan juga Liga Europa (UEFA Europa League) bagi musim 2018/19 dengan membenarkan empat pemain gantian digunakan dan penggunaan ini hanya bermula pada peringkat kalah mati.



Namun pemain gantian keempat ini hanya boleh digunakan pada masa tambahan dalam sahaja tanpa melibatkan tiga pemain gantian sebelum itu.

UEFA juga akan membenarkan 12 pemain simpanan disenaraikan (7 sebelum ini) pada peringkat ataupun perlawanan akhir bagi perlawanan Liga Juara-Juara dan juga Liga Europa serta Piala Super UEFA dengan pasukan turut dibenarkan menyenarai 23 pemain pada perlawanan akhir.

Sistem kelayakan baru turut diperkenalkan untuk musim depan, dengan menyaksikan 4 pasukan teratas dari empat liga elit Eropah (Premier League, LaLiga, Serie A TIM, Bundesliga Official) kesemuanya layak secara automatik.

Masa sepak mula - 'kick-off' juga telah dirombak, bagi perlawanan pada peringkat kelayakkan-'play-offs', peringkat kumpulan, pusingan 16 terbaik, suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir bemula pada jam 20:00 (03:00am), bukan lagi pada 19.45 (02:45am).

Namun untuk perlawanan peringkat kumpulan, dua perlawanan pada hari Selasa dan Rabu akan bermula pada jam 17:55 (12:55am) dengan semua perlawanan terakhir kumpulan akan dimainkan secara serentak.

Selain itu, pasukan juga dibenarkan mendaftarkan 3 pemain baru selepas berakhirnya saingan peringkat kumpulan (pendaftaran kedua) tanpa sebarang sekatan.

Manakala pasukan yang pernah memenangi kejuaraan Liga Europa yang mana sebelum ini dikenali dengan Piala UEFA sebanyak tiga kali berturut-turut atau memenangi kejohanan ini untuk sekurang-kurangnya lima kali, juga boleh mengenakan ataupun memakai lencana kemenangan (multiple-winner badge) pada lengan baju sebagaimana dipraktikan dalam saingan UCL.

Lencana baju yang digunakan oleh Bayern pada tahun 2014 dalam saingan UCL. Kredit UEFA
Satu-satunya pasukan yang berhak untuk menggunakan lencana ini ialah Sevilla FC, yang telah memenangi kejohanan ini pada tahun 2006, 2007, 2014, 2015 dan 2016.

Post a Comment

Previous Post Next Post