4 Perkara menarik mengenai perlawanan Arsenal vs Stoke



Empat perkara menarik yang boleh diperkatakan mengenai perlawanan diantara Arsenal menentang Stoke City malam tadi.



Berikut kami huraikan empat perkara tersebut dimana point pertama adalah dilihat kepada perkara negatif yang perlu diperbaiki oleh Arsenal, manakala point kedua dan ketiga lebih kepada perkara positif mengenai perlawanan malam tadi.

Dan point keempat adalah pandangan peribadi penulis... 😎


1. 'Possesion' dan Hantaran

Kredit gambar : Squawka
Arsenal pada separuh masa pertama dilihat bagaikan tidak bermaya dan seolah tidak tahu mengenai apa yang patut dilakukan (mengatur serangan) serta bagaikan gugup berdepan Stoke City dihalaman sendiri.

Walaupun sejarah membuktikan bahawa Stoke tidak mampu menewaskan Arsenal ketika bermain di Emirates (halaman sendiri Arsenal), namun separuh masa pertama malam tadi jelas memperlihatkan dominasi Stoke keatas Arsenal.
Ini dapat dilihat dengan hantaran-hantaran yang dibuat oleh kebanyakkan pemain Arsenal begitu teruk sekali dan bagaikan 'memberi' bola kepada pemain Stoke untuk mengancam kubu Arsenal yang dikemudikan oleh Ospina.

Walaupun stastik perlawanan menunjukkan Arsenal masih menguasai perlawanan, namun secara kasarnya separuh masa pertama jelas memperlihatkan kegugupan barisan kesebelasan utama Arsenal.

Senarai kesebelasan utama Arsenal vs Stoke.
Selain kerap kehilangan bola, pemain Arsenal juga gagal dalam mengatur serangan terhadap pihak lawan dan seringkali terbantut dipertengahan kawasan sehingga menyaksikan lebih banyak hantaran kebelakang dibuat oleh pemain Arsenal.

Tindakan ini juga menyebabkan pemain-pemain Stoke mampu untuk melakukan 'recovery' pada ketika Arsenal mula merancang untuk melakukan serangan.

Tambahan pula kesilapan hantaran pemain Arsenal juga dilihat begitu ketara diseparuh masa pertama.

Mujur pemain-pemain Stoke City gagal untuk menyempurnakan beberapa peluang hasil daripada kesilapan hantaran yang dilakukan oleh pemain Arsenal terutamanya pada bahagian pertahanan dan ianya merupakan perkara yang perlu diberi perhatian ketika menentang CSKA Moscow nanti.

Sudah pasti, jika kesilapan dan kelemahan ini tidak dibaiki ianya bakal dihukum pasukan kelab dari Rusia itu nanti pada pertembungan Liga Europa Jumaat ini.


2. Calum Chambers 

Chambers bagaikan berjaya kembali pada zaman kehebatan beliau dahulu.
Kredit Gambar: Daily Express
Dengan Laurent Koscielny berada dibangku simpanan, posisi beliau diisi dengan baik oleh Calum Chambers yang bergandingan dengan Mustafi pada pertahanan tengah.

Walaupun pada awal-awal permainan terdapat beberapa kesilapan dalam melakukan hantaran, namun Chambers berjaya membuktikan bahawa beliau kini semakin matang dan mampu bersaing dalam merebut kesebelasan utama Arsenal musim depan (jika berjaya mengekalkan prestasi sebagaimana malam tadi).

Wenger merehatkan Koscielny dan dijangkakan bakal diturunkan ketika menentang CSKA Moscow ekoran pemain tersebut yang baru pulih daripada kecederaan ketika menentang AC Milan disamping beraksi bersama skuad kebangsaan Perancis baru-baru ini.

Merehatkan Koscielny bagi mengurangkan risiko kecederaan yang bakal dihadapi pemain tersebut dan menurunkannya pada aksi Liga Europa nanti, begitulah perancangan yang dapat dilihat hasil percaturan Wenger malam tadi.

Namun, Chambers nyata tidak mempersia-siakan peluang yang diberikan apabila dilihat begitu cemerlang beraksi pada pertahanan tengah dengan mempamerkan ketenangan selain menguasai posisi tersebut dengan baik bersama Mustafi.

Chamber dengan 105 sentuhan ketika beraksi pada posisi pertahanan tengah. Sumber Heatmaps: Whoscored
Gandingan Chamber bersama Mustafi dengan 201 sentuhan. Sumber Heatmaps: Whoscored


3. Lacazette + Mkhitaryan + Aubameyang + Ozil

LMAO. Kredit gambar : Kick Off
Pasti ramai yang menantikan gandingan LMAO (Lacazette, Mkhitaryan, Aubameyang , Ozil) ini dan malam tadi ianya membuktikan sememangnya gandingan ini dilihat berbisa serta mampu menjelmakan ancaman kepada pihak lawan.

Statistik ringkas Aubameyang menentang Stoke.
Kemasukan Lacazette pada minit ke-61 jelas memperlihatakan jentera serangan Arsenal kembali hidup dengan berjaya mengucar-kacirkan kubu lawan dan hasiilnya, 14 minit kemudian Arsenal berjaya memperolehi gol pembukaan perlawanan (hasil sepakan penalti yang disudahi dengan sempurna oleh Aubameyang).

Sesuatu yang patut dipuji pada perlawanan malam tadi adalah sikap Aubameyang yang memberikan ataupun membenarkan Lacazette mengambil sepakan penalti bagi gol ketiga Arsenal.

Anda boleh membaca lebih lajut disini (klik) : Apa gunanya kawan.

Memandangkan Aubameyang tidak dapat diturunkan (digunakan) pada saingan Liga Europa, beliau telah membantu meringankan bebanan yang bakal dipikul Lacazette.

Sesuatu yang amat penting dilakukan Aubameyang kepada Lazatte yang memerlukan kenyakinan ketika ini apabila jaringan Lacazette hasil daripada sepakan penalti itu mampu mengubah dan memberikan kenyakinan buat Lacazette yang pastinya khidmat beliau ditagih pada aksi Liga Europa. 


Ozil dan Aubameyang dilihat semakin serasi dengan beberapa lorongan dan hantaran yang dibuat oleh Ozil berjaya disambut baik Aubameyang namun kecekapan penjaga gol Stoke (Jack Butland) berjaya menafikan percubaan Aubameyang.

Begitu juga dengan kemasukan Mkhitaryan pada separuh masa kedua perlawanan bagi membentuk gandingan LMAO dilihat berjaya mencetuskan kekalutan kepada pihak lawan pada perlawanan malam tadi selain percubaan tepat beliau yang berjaya diselamatkan Butland.

Secara kasarnya gandingan keempat-empat pemain ini berjaya mengatur serangan Arsenal dengan lebih baik berbanding pada separuh masa pertama perlawanan.

Mungkin kita dapat menyaksikan gandingan ini lebih mantap pada beberapa perlawanan liga yang semakin hampir ke penghujungnya ataupun kita bakal melihat gandingan ini semakin berbisa pada musim hadapan kerana Aubameyang tidak dapat beraksi dalam saingan Liga Europa musim ini.


4. Persedian Suku Akhir Liga  Europa 

Perlawanan ini juga menyaksikan Arsene Wenger telah melakukan tujuh pertukaran pemain dalam kesebelasan utama bagi menghadapi Stoke jika dibandingkan ketika menentang Watford (bagi saingan liga).

Kesebelasan utama Arsenal ketika menewaskan Watford 3-0.

Dan ianya juga merupakan perubahan terbesar yang dilakukan Wenger semenjak kali terakhir melakukannya pada 1 Januari 2011 ketika menentang Birmingham dengan lapan perubahan pemain dalam kesebelasan utama.

Kesebelasan utama Arsenal yang menewaskan Stoke 3-0.
Wenger seolah-olah mahu mempersiapkan pemain utama dalam menghadapi saingan Liga Europa apabila merehatkan beberapa pemain utama yang baru kembali daripada tugasan bersama skuad kebangsaan negara masing-masing.

Laurent Koscielny, Henrikh Mkhitaryan dan Alexandre Lacazette, ketiga-tiga mereka berada dibangku simpanan melainkan Ramsey dan Ozil termasuklah Wilshere yang turut kembali daripada tugasan bersama skuad kebangsaan masing-masing bermula dalam kesebelasan utama Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post