Apa gunanya kawan

Kredit Gambar: Arsenal

Sebelum kedatangan Wenger ke Arsenal, kebanyakkan peminat Arsenal pasti cukup mengenali motto kelab dalam bahasa Latin iaitu 'Victoria Concordia Crescit'.



Motto yang mula diperkenalkan secara rasminya pada lambang (crest) Arsenal bermula tahun 1949 sehinggalah pada tahun 2002.

Dan bemula pada tahun 2002, motto tersebut iaitu 'Victoria Concordia Crescit' tidak lagi tertera ataupun berada pada lambang yang digunakan Arsenal sehingga kini.
(6) The first VCC 'Victoria Concordia Crescit' crest, 1949.
Sumber dan Kredit : Arsenal
5) The Royal Arsenal Gatehouse in Woolwich. 6) The first VCC 'Victoria Concordia Crescit' crest, 1949

Read more at https://www.arsenal.com/news/news-archive/the-arsenal-crest#b4JepFjuXIVP4yI3.99

(9) Lambang Arsenal yang digunakan sehingga kini bermula tahun 2002 manakala (10) pula merupakan lambang sempena ulangtahun yang 125 Arsenal. Sumber dan Kredit : Arsenal
Victoria Concordia Crescit membawa maksud 'kemenangan berkembang melalui harmoni' yang kemudiannya diterjemahkan menjadi 'kemenangan melalui keharmonian'.

Walaupun lambang didada pemain Arsenal ketika ini tidak lagi 'tertera' perkataan ataupun motto tersebut namun penyerang termahal Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang membuktikan bahawa mereka sememangnya berjaya menghayati dan menerapkan semangat sebagaimana motto yang hampir dilupakan oleh kebanyakkan peminat dan penyokong Arsenal (kemenangan melalui keharmonian).

Pada pertemuan menentang Stoke City malam semalam, beliau (Aubameyang) berpeluang untuk mencatat nama selaku penjaring hat-trick apabila Arsenal dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-89 namun beliau yang telah pun memilik (menjaringkan) dua gol sebelum itu memberikan peluang tersebut kepada rakan sepasukannya, Alexandre Lacazette.

Kredit gambar : Arsenal
Dan Lacazette nyata tidak mensia-siakan peluang yang diberikan itu apabila tenang menyudahkan sepakan tersebut untuk gol ketiga Arsenal.

Tindakan Aubameyang ini sememangnya layak dipuji kerana mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi sebagaimana Victoria Concordia Crescit dan nyata tidak mementingkan diri sendiri selain tindakan beliau itu adalah bertujuan untuk membantu mempertingkatkan kembali semangat dan keyakinan rakan sepasukan.

Lacazette berjaya menjaringkan gol ketiga Arsenal melalui sepakan penalti.
Kredit gambar : Arsenal
Lacazette kembali beraksi buat kali pertama setelah kali terakhir membuat penampilan bersama skuad Arsenal pada 10 Februari lalu ekoran kecederaan dan pembedahan kecil yang dijalani beliau.



Manakala Aubameyang pula menjelaskan tindakan beliau itu sebagai seorang kawan yang menghargai dan memahami maksud sebenar 'kawan' dengan menyifatkan 'Itulah gunanya kawan'.
I had scored twice already so I knew it would be good for his confidence. - Aubameyang
Tindakan Aubameyang yang memberikan sepakan penalti tersebut untuk diambil oleh Lacazette turut mendapat  'kebenaran' Wenger walaupun menjadi kebiasaannya seorang pengurus hanya membenarkan pemain yang telah diberikan tanggungjawab tersebut (menamakan pemain yang akan mengambil sepakan penalti) sebelum perlawanan bermula.

Wenger turut memberikan reaksi positif mengenai tindakan Aubameyang itu apabila memuji tindakan pemain tersebut yang mana ianya bakal menjadikan pasukan lebih kuat dan lebih baik disamping mengakui kedua-dua pemain tersebut memahami kehendak masing-masing. 
I know they have a good understanding. I like that, they can only make the team stronger. Lacazette came back from a long injury and I think it’s great. - Arsene Wenger
I like that. I think strikers who are generous are a rarity, and when you see it, you are very happy, because you know it will make the team much better. - Arsene Wenger via Sky Sports.
Perlawanan seterusnya Arsenal adalah menentang CSKA Moscow pada 6 April 2018 bagi perlawanan pertama peringkat suku akhir Liga Europa.

Highlights Perlawanan Arsenal menentang Stoke



Post a Comment

Previous Post Next Post