Rusia keluarkan amaran kepada penyokong CSKA Moscow

Kredit gambar: The Moscow Times

Menjelang pertembungan pertama peringkat suku akhir Liga Europa diantara Arsenal menentang CSKA Moscow yang dijadualkan pada Jumaat ini (waktu Malaysia, 6 April jam 3.05 pagi).



Kerajaan Rusia telah mengeluarkan amaran kepada penyokong kelab CSKA Moscow yang bakal berlepas ke London bagi menyaksikan perlawanan tersebut.


Sebelum ini, laman rasmi Arsenal telah mengeluarkan arahan kepada penyokong mereka yang bakal menyaksikan perlawanan kedua peringkat separuh akhir begitu juga jaminan yang dikeluarkan oleh kerajaan Rusia berhubung isu keselamatan penyokong Arsenal.


Namun pada laporan terkini yang dikeluarkan semalam (1 April 2018), pihak Rusia telah mengeluarkan amaran kepada penyokong CSKA Moscow supaya berhati-hati ketika berkunjung ke London ekoran sentimen anti-Rusia yang tercetus diantara kedua-dua negara itu.

Hubungan Moscow dan London mula tegang (perang diplomatik) semenjak insiden pembunuhan bekas ejen Rusia (double ejen - yang berpaling tadah dengan menyerahkan maklumat kepada Britain), Sergei Skripal dan anak perempuannya di England pada 4 Mac lalu.

Britain menuduh Rusia meracuni bekas ejen tersebut dalam tindakan yang dilihat sebagai cubaan membalas dendam ekoran pembocoran maklumat rahsia negara itu kepada pihak London.

Moscow bagaimana pun menafikan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas sambil menyifatkan Britain melakukan propoganda anti-Rusia.

Rentetan insiden tersebut menyaksikan pengusiran besar-besaran duta kedua-dua negara tersebut dari negara terbabit selain keputusan yang dibuat oleh Britain dan beberapa sekutunya untuk tidak menghantar pegawai ke kejohanan Piala Dunia Rusia yang akan diadakan pada bulan Jun nanti.

Namun pada 29 Mac lalu pihak Britain telah membatalkan pengusiran duta Rusia daripada negara tersebut. 
Dan kedutaan Rusia di London pada Ahad lalu telah mengeluarkan amaran kepada peminat CSKA untuk mengambil langkah lebih berhati-hati ketika berada di London bagi menyaksikan perlawanan diantara Arsenal dan pasukan tersebut dalam saingan Liga Europa Jumaat ini.



"Memandangkan kempen anti-Rusia yang dilancarkan oleh Britain, yang telah membawa kepada peningkatan Russophobia, kami menyeru anda untuk mengambil langkah lebih berjaga-jaga dan lebih berbudi bahasa," kata wakil kedutaan Rusia itu.

"Untuk mengelakkan provokasi, kami menyeru anda semua supaya mengelakkan diri dari mencetus sebarang konflik dengan pihak berkuasa dan penduduk setempat."

Untuk rekod CSKA Moscow pernah didenda oleh UEFA ekoran kekecohan yang dicetuskan oleh penyokong mereka pada tahun 2014 pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Uefa has modified CSKA Moscow’s punishment for trouble by their fans at their Champions League match at Roma on appeal. - The Guardian.
Pada awalnya mereka dikenakan denda bermain tanpa kehadiran penyokong mereka untuk tiga perlawanan ditempat sendiri namun hukuman tersebut dikurangkan menjadi dua perlawanan (bermain ditempat sendiri) dengan tempoh pemerhatian selama lima tahun.

Pun begitu pada hukuman (perlawanan) pertama bermain ditempat sendiri tanpa penyokong, seramai hampir 350 orang penyokong CSKA dilaporkan berjaya menyeludup masuk kedalam stadium.
CSKA were given a three-match European ban for the misconduct of supporters including repeated racism offences. Yet at the Khimki around 350 people were present, draped in CSKA colours and cheering the team on so appeared followers of the Russian club. - The Guardian.
Around 350 people were present at the Arena Khimki on Tuesday, many sporting CSKA colours, despite the stadium ban. Photograph: Matthew Childs/Action Images via The Guardian

The smoke drifted across the pitch (Image: REUTERS) via Mirror

Post a Comment

Previous Post Next Post