5 Kelab Elit mahukan pemain muda - pertahanan tengah Ajax Amsterdam

Kira-kira dua bulan sahaja lagi untuk tirai Kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia bakal membuka tirai kejohanan untuk edisi ke-21.

Kredit gambar: Airtel Uganda Football
Kejohanan yang bakal bermula pada 14 Jun dan berakhir pada 15 Julai 2018, dengan tuan rumah Rusia bakal memulakan aksi pertama menentang Arab Saudi (perlawanan pembukakaan - 14 Jun).




Dengan aksi (perlawanan) terakhir bagi Liga Perdana Inggeris bakal diadakan pada 13 Mei 2018,  sudah tentu persiapan pasukan (negara) yang mana pemain-pemain mereka terlibat dalam Liga Perdana Inggeris (dan juga liga-liga lain) agak singkat - hanya tinggal sebulan sahaja untuk mempersiapkan pasukan mereka bagi menghadapi kejohanan itu.

Itu dari segi persiapan pasukan kebangsaan manakala bagi pasukan kelab pula, sudah tentu ianya juga menyukarkan mereka untuk mempersiapkan (persediaan) mereka dalam menghadapi saingan musim berikutnya.

Selain persiapan pra-musim, pengambilan pemain-pemain baru juga bakal menghadapi tugas sukar. Ini kerana pemain-pemain yang terlibat dengan kejohanan ini (Piala Dunia) sudah tentu mahu memberi tumpuan kepada pasukan negara mereka dalam menghadapi kejohanan tersebut.

Maka tidak hairanlah kebanyakan kelab mahu menyelesaikan urusan pembelian ataupun rundingan kontrak sebelum bermulanya kejohanan ini (Piala Dunia).

Walaupun ada (terdapat) dimana pasukan (kelab) yang menyelesaikan urusan tersebut selepas berakhirnya kejohan itu.

Namun menyelesaikan sebelum kejohanan bermula lebih menjadi keutamaan dimana mereka (kelab) dalam menumpukan kepada pembentukan dan persiapan pra musim tanpa perlu memberi tumpuan kepada kerja-kerja rundingan mendapatkan pemain ketika sibuk mempersiapkan pasukan menghadapi saingan liga.

Barcelona contohnya, merupakan salah sebuah pasukan yang mahu menyelesaikan urusan perpindahan beberapa pemain sebelum bermulanya kejohanan Piala Dunia apabila dikatakan mahu mendapatkan pemain muda Ajax, Matthijs de Ligt.

Walaupun pemain muda Ajax ini baru berusia 18 tahun, namun beliau telah membuat lima penampilan bersama skuad kebangsaan Belanda.

Namun sayangnya, Belanda gagal dalam usaha mereka kali ini untuk beraksi di kejohanan Piala Dunia.

Pun begitu, Barcelona dikatakan tidak mahu melengah-lengah masa untuk mendapatkan pemain muda ini dan mahu menyelesaikan urusan perpindahan mendapatkan Matthijs de Ligt sebelum bermulanya kejohanan Piala Dunia Rusia 2018.



Menurut laporan Mundo Deportivo, Barcelona bakal mendapat saingan gergasi Jerman, Bayern Munich selain tiga kelab elit Liga Inggeris yang turut berminat mendapatkan pemain ini.

Petikan akhbar Mundo Deportivo
Dan salah satu kelab elit Liga Inggeris itu adalah Arsenal (dua lagi Manchester United dan Macnhester City).

Kesemua kelab tersebut (Barcelona, Bayern Munich, Arsenal, Manchester United dan City) dilaporkan telah berhubung dengan ejen kepada pemain tersebut, Barry Hulshoff.

Perebutan pemain ini bagaimanapun menurut laporan itu, dilihat lebih kepada Barcelona yang mempunyai banyak kelebihan berbanding kelab-kelab lain baik dari segi kewangan (bayaran gaji), posisi pemain (peluang beraksi) dan juga hubungan - 'connection' diantara kelab dan beberapa individu berpengaruh.

Matthijs de Ligt. Kredit gambar : YouTube
Barcelona didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Marc Overmars yang mana merupakan bekas pemain mereka pada tahun 2000 sehingga 2004 dan Overmars juga merupakan bekas pemain Arsenal pada tahun  1997 hingga tahun 2000.

Dan mereka juga didakwa mempunyai hubungan yang baik melalui pasangan kembar adik beradik  Ronald de Boer (penolong pengurus Barcelona ketika ini) dengan Frank de Boer yang pernah membimbing skuad remaja Ajax.

Selain itu juga, Barcelona turut dikatakan mempunyai kelebihan apabila mempunyai hubungan yang baik dengan pengendali skuad Kebangasaan Belanda, Ronald Koeman (bekas pemain kelab itu).

Namun menurut laporan itu, Barcelona terpaksa mengeluarkan harga yang tinggi bagi mendapatkan pemain muda (pertahanan tengah) itu, begitu juga dengan kelab-kelab lain yang berminat untuk mendaptkan  Matthijs de Ligt.

Walaupun dikatakan pihak Arsenal telah berhubung dengan ejen pemain tersebut, mengenali Arsenal, sudah tentu ianya sukar untuk mengharapkan Arsenal mengeluarkan belanja yang tinggi melebih £50 - £60 juta bagi seorang pemain muda yang berusia 18 tahun (ketika ini).

Siapa Matthijs de Ligt?

Berusia 18 tahun dan merupakan pemain pertahanan tengah (centre back) kelahiran Belanda yang mewakili kelab Ajax dari usia 9 tahun lagi dankontrak beliau bersama Ajax bakal berakhir pada tahun 2021.

Beliau telah membuat lima penampilan bersama skuad senior (utama) Belanda setakat ini.

Berikut adalah rekod penampilan beliau musim 2017/18 bersama Ajax Amsterdam.

Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol
Liga Belanda 30 3 1
Kelayakan Liga Juara-Juara 2 - -
Kelayakan Liga Europa 2 - -
Piala TOTO KNVB 2 - 1

Post a Comment

Previous Post Next Post