Amaran kepada Arsenal

Amaran buat Arsenal setelah Juventus mengenalpasti pengganti kepada calon pemain yang menjadi sasaran mereka sebelum ini, Emre Can.

Kredit Image: ilBiancoNero
Bintang Liverpool, Emre Can (24 tahun) merupakan pemain yang telah lama dikatakan menjadi sasaran Juventus


Dan menurut laporan, The Old Lady telah pun menawarkan kontrak kepada pemain kebangsaan Jerman itu dengan nilai perjanjian (kontrak) berjumlah € 5 juta setahun untuk tempoh empat tahun namun pemain itu masih membisu terhadap tawaran itu (belum membuat keputusan mengenai tawaran kontrak tersebut).

Tindakan pemain tersebut membuatkan pihak Juventus mengambil langkah proaktif dengan bersedia mencari pemain lain (alternatif) jika gagal mendapatkan pemain tersebut dan salah seorang pemain alternatif yang menjadi sasaran Juventus adalah Aaron Ramsey, pemain Arsenal.

Menurut laporan media yang berpengkalan di Turin, CEO Juventus, Beppe Marotta masih berharap pemain itu akan memilih Juventus namun beliau turut melihat dan mahu mengambil tindakan alternatif seandainya Emre Can memilih Bayern Munich (yang turut berminat mendapatkan pemain tersebut).

Kini Juventus telah menyenaraikan pemain seperti Aaron Ramsey, Adrien Rabiot dan Lorenzo Pellegrini didalam senarai kedua pemain sasaran mereka sekiranya gagal mendapatkan Emre Can musim depan.

Kontrak Emre Can bersama Liverpool bakal berakhir pada Jun 2018 dan beliau bebas berunding dengan mana-mana pasukan ketika ini (serta mana-mana pasukan bakal mendapatkan pemain ini secara percuma).

Manakala Ramsey pula, masih mempunyai setahun (kontrak) bersama Arsenal dan jika Juventus benar-benar mahukan Ramsey (sebagai alternatif) jika gagal mendapat Emre Can, mereka sudah tentu terpaksa mengeluarkan belanja bagi mendapatkan Ramsey.

Begitu juga dengan dua pemain lagi iaitu Rabiot dan Pellegrini, mereka juga terpaksa mengeluarkan belanja bagi mendapatkan pemain tersebut.

Cuma yang pasti, mereka mampu mendapatkan Pellegrini musim depan dengan cara menebus kontrak pemain tersebut yang dianggarkan bernilai sekitar € 25-30 juta daripada Roma.

Dan jika Arsenal gagal menamatkan (mencapai persetujuan) rundingan kontrak  bersama Ramsey musim ini, adakah Arsenal rela melepaskan Ramsey (jika Juventus) sedia menawarkan / setuju membeli pemain itu?
Ramsey masih belum memberi jawapan berhubung kontrak baru yang ditawarkan Arsenal. Kredit image: Eurosport
Yang pasti ianya perlu diselesaikan dengan segera oleh Wenger dan juga Arsenal berhubung masa depan Ramsey bagi mengelakkan peristiwa Sanchez berulang kembali.


Sumber : ilBiancoNero

Post a Comment

Previous Post Next Post